Anak Shila Amzah didiagnos autism tahap satu

Dari Penulis

Penyanyi Shila Amzah berkongsi keadaan kesihatan anak lelakinya, Seth Uwais yang didiagnosis dengan autism tahap satu.

Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah minta semua doakan yang terbaik untuk anaknya dan keluarga mereka.

“Sha baru je lepas balik dari hospital bersama Ubaidillah dan Seth Uwais. Seth telah didiagnos autism tahap satu.

“Saya punya firasat sama ada autism ataupun ADHD, tapi dah tahu yang dia autism tahap satu sekarang.

“Jadi doktor sarankan untuk teruskan terapi dan hantar dia ke sekolah yang menerima kanak-kanak autism,” katanya.

Kata isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai, ini mereka bersyukur kerana mengetahui keadaan kesihatan sebenar anak mereka dan dapat menyiapkan diri mereka untuk didik anaknya dengan lebih baik.

“Bila dah sah, senang nak tahu apa yang boleh dan tidak boleh buat. Sebagai mak ayah ni pelbagai cara kita nak mendidik anak kita.

“Bila dah tahu dia didiagnos autism, kami tahu lah cara macam mana nak didik dia.

“Jadi doakan semoga Seth boleh membesar dengan baik dan belajar dengan baik.

“Doakan Seth dan doakan kami juga sebagai mak ayah yang menjaga anak autistik ini supaya boleh jaga dan didik dia dengan baik,” kongsinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This