Badal haji untuk Huzz sudah sempurna, keluarga zahir ucapan terima kasih kepada Siti Nurhaliza & Datuk K

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KELUARGA kepada bekas pengarang URTV, Allahyarham Huzz meluahkan rasa syukur apabila badal (upah) haji buat arwah telah selesai disempurnakan pada 15 Jun lalu.

Menurut adik perempuan arwah iaitu Nur-ul Afida Kamaludin menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa atas kesudian menaja ibadah haji tersebut.

“Alhamdulillah, 20 hari selepas kepulangannya ke Rahmatullah, kami bersyukur kerana dimaklumkan bahawa Yayasan Nurjiwa telah menyempurnakan badal haji untuk arwah abang kami.

“Saya mewakili keluarga Allahyarham, dengan penuh takzim menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan kesyukuran atas penajaan bdal haji untuk arwah.

“Ucapan terima kasih kami khususnya kepada Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana menunaikan janji mereka kepada Huzz semasa menziarahinya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum ini,” katanya kepada URTV.

Nur-ul Afida juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Huzz atau nama penuhnya Kamal Huzaini Kamaludin,58, meninggal dunia pada 8 Jun lalu, pukul 6.10 petang di Pulau Pinang akibat kanser usus tahap empat.

Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Berpusat Seberang Perai Utara di Permatang Langsat, Pulau Pinang. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This