“Solat Siti Nurhaliza Sah!” – Dr. Izhar Ariff jelaskan telekung bukan syarat wajib

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

HANGAT di media sosial apabila penampilan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menunaikan solat hanya dengan menyarung jubah tanpa telekung menjadi ‘buah mulut’ netizen.

Gara-gara foto tular selepas sebuah majlis berbuka puasa baru-baru ini, segelintir pihak mula mempertikaikan kesahihan ibadah penyanyi Anta Permana itu sehingga mencetuskan perdebatan hangat di ruangan komen.

Tampil meredakan keadaan, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim tampil memberikan penjelasan tuntas. 

Menurutnya, masyarakat perlu memahami perbezaan antara tuntutan agama dan adat setempat.

“Ramai tanya saya adakah solat DS (Datuk Seri) Siti ini sah? Jawapan saya, solat DS Siti sah. 

“Beliau telah tutup aurat untuk solat,” katanya menerusi satu hantaran ringkas di Facebook.

Tambanya, penggunaan telekung bukanlah satu kewajipan dalam rukun solat, sebaliknya ia hanyalah budaya masyarakat di Nusantara.

“Telekung bukan syarat sah solat. Telekung hanya budaya, bukan rukun atau syarat sah solat,” ujarnya.

Isu ini sekali gus memberi pengajaran kepada orang ramai bahawa asalkan pakaian yang dikenakan memenuhi kriteria syarak iaitu menutup seluruh anggota badan kecuali wajah dan tapak tangan, longgar, serta tidak jarang, maka solat tersebut adalah sempurna.

Ternyata, penjelasan pakar agama ini berjaya ‘menutup mulut’ netizen yang sebelum ini galak mengkritik tanpa usul periksa. 

Siti sekali lagi membuktikan bahawa dalam beribadah, kesederhanaan dan pematuhan syarat itu lebih utama daripada sekadar mengikut adat semata-mata.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Memori Audionauts bukan penghalang, Ryzall Noh sasar pasaran Malaysia menerusi Natijah Cinta

SELEPAS melakar portfolio ampuh selaku vokalis kumpulan popular Singapura, Audionauts, penyanyi berpengalaman Ryzall Noh kini mengorak langkah lebih berani...

More Articles Like This