Muhyiddin dakwa hanya tahu Tok Pa keluar BERSATU melalui laporan berita

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau hanya mengetahui bekas menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak lagi menjadi ahli parti BERSATU berdasarkan laporan berita.

MUSTAPA MOHAMED

Presiden BERSATU itu berkata, bagaimanapun, beliau menghormati keputusan yang diambil bekas Ahli Parlimen Jeli itu dan secara peribadi masih menganggap Mustapa atau popular dipanggil sebagai Tok Pa sebagai sahabat.

“Saya baru dengar, saya pun baca berita yang dia tidak lagi menjadi ahli BERSATU, saya tak dapat berita apa sebab mungkin dia lepas saja dalam PRU (Pilihan Raya Umum) lalu, dia tak nak bertanding lagi.

“Tapi tak apalah, Mustapa sahabat saya, saya harap walaupun begitu dia masih boleh dapat beri kerjasama seperti yang telah diberikan waktu beliau dalam BERSATU,” katanya selepas sesi minum petang di Taman Puteri Gunung di Nibong Tebal, hari ini.

Memetik laporan BH Online, Muhyiddin turut percaya Mustapa tidak akan menjadi ahli mana-mana parti lain dan langkah beliau mengumumkan pengunduran sebagai ahli BERSATU berkemungkinan ingin membebaskan diri daripada terbabit dalam politik.

Dilaporkan Mustapa mengulangi pendiriannya bahawa beliau sudah berpencen daripada politik dan tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut memaklumkan bahawa beliau meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti BERSATU pada 30 September, tahun lalu.

Sebelum ini, Pengerusi BERSATU Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor dilapor berkata, beliau sedia memberi laluan kepada Mustapa untuk bertanding di Parlimen Gua Musang atau Jeli jika PRK diadakan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This