Kira-kira 200 kumpulan baju hitam berhimpun di pekarangan Kompleks Seri Perdana

Dari Penulis

KIRA-KIRA 200 peserta perhimpunan ‘Rakyat Lawan Anwar’ berkumpul di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan tuntutan mereka.

Kumpulan yang memakai baju hitam tersebut mengadakan perhimpunan aman sambil membawa sepanduk dengn kata-kata mendesak Perdana Menteri agar memenuhi tuntutan mereka seperti menurunkan kembali harga diesel dan tidak menaikkan harga petrol.

Mereka dipimpin oleh barisan aktivis politik dan pempengaruh media sosial, antaranya bekas pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, Tun Faisal, penyanyi Dayangku Intan dan pengerusi Pergerakan Demi Negara Aidil Yunus, juga dikenali dengan nama “YB Viral”.

SEBAHAGIAN peserta perhimpunan ‘Rakyat Lawan Anwawr’ di pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya. – Gambar FB Dr. Zamri Mantop

Mereka juga menuntut supaya kerajaan pimpinan Anwar mengembalikan bekalan beras putih tempatan dan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selain itu, tuntutan lain yang disuarakan mereka ialah menurunkan kos sara hidup, membela nasib kakitangan kesihatan awam, peruntukan sama rata untuk wakil rakyat, menjamin hak kebebasan bersuara dan menghentikan dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) serta menjarah aset negara.

Sepanjang perhimpunan, laungan “reformasi” dan “turun Anwar” kedengaran di depan kediaman rasmi perdana menteri itu degan mereka mula berhimpun pada kira-kira pukul 4 petang tadi dan selepas pada kira-kira pukul 7 petang.

Terdahulu, pekarangan Kompleks Seri Perdana, dikawal ketat anggota dan pegawai polis susulan perhimpunan berkenaan.

Malah, laluan masuk ke kediaman rasmi Perdana Menteri serta kawasan sekitarnya dipasang penghadang selepas Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran Perbadanan Putrajaya selaku pemilik tanah.

Penganjur yang juga Ketua Penggerak Demi Negara, Aidil Yunus berkata, pihaknya merasakan mereka berhak untuk berhimpun dan tidak menyalahi peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This