Rakyat Malaysia diberi visa e-pelancongan 30 hari percuma ke India

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia yang memohon visa e-Pelancongan ke India akan diberikan visa 30 hari dengan pengecualian yuran mulai 1 Julai.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur menyatakan bahawa warga Malaysia akan diberikan visa ePelancongan 30 hari dengan dua kemasukan secara percuma (tanpa yuran visa) untuk tempoh satu tahun, dari 1 Julai 2024 hingga 30 Jun 2025.

“Peraturan dan garis panduan sedia ada bagi visa e-Pelancongan dan visa e-lain akan terus berkuat kuasa, seperti yang diperincikan di laman sesawang rasmi.

Pengecualian yuran ini hanya terpakai kepada visa e-Pelancongan 30 hari. Kategori visa e-lain termasuk e-Perniagaan, ePersidangan, e-Perubatan, e-Atendan Perubatan, e-Ayush, dan e-Kecemasan X Pelbagai akan tetap dikenakan yuran biasa.

Mereka yang memilih visa kertas tradisional melalui pembekal perkhidmatan luar (M/s IVS Global Visa Centre) atau terus daripada Suruhanjaya Tinggi akan tetap dikenakan yuran visa seperti biasa,” katanya.

Pemohon perlu memohon secara dalam talian di https://indianvisaonline.gov.in/evisa/tvoa.html.

Pada masa ini, yuran untuk visa e-Pelancongan adalah RM464.56 setahun .
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This