Kotex sumbang 600,000 kit pengurusan haid jenama tuala wanita, 98,000 pelajar terima manfaat kerjasama program Kasih Remaja: Advokasi SRH, Kotex Malaysia

Dari Penulis

Kotex Malaysia sumbang 600,000 kit pengurusan haid jenama tuala wanita itu untuk tempoh tiga tahun hingga 2026 yang memberi manfaat kepada pelajar perempuan di 1,080 sekolah seluruh negara.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark, Lim Yu Chien berkata sumbangan berupa pelbagai jenis tuala wanita dan bahan pendidikan bercetak itu disalurkan bagi menyokong pelaksanaan Program Kasih Remaja: Advokasi SRH (Seksual dan Kesihatan Reproduktif) olen Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Program dengan kerjasama Kotex Malaysia itu merupakan komitmen yang kami buat dengan pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selama tiga tahun yang turut melibatkan agensi kerajaan, NGO (badan bukan kerajaan) dan swasta.

“Kerjasama ini telah memanfaatkan seramai 98,000 remaja perempuan Malaysia setakat ini dan dijangka secara seluruh, akan melibatkan 200,000 orang pada akhir tahun ini.

“Ia selari dengan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2022-2025 untuk menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada golongan remaja di seluruh negara,” katanya pada sidang media sempena pelancaran program berkenaan di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.

Dalam pada itu, acara peringkat kebangsaan Program Kasih Remaja: Advokasi SRH oleh LPPKN yang dijalankan dengan kerjasama Kotex Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama dengan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan isteri kepada YAB Perdana Menteri di Pusat Belia Antarabangsa (IYC).

Strategi pelaksanaan program KASIH Remaja secara 3Ps (public private partnership) ini akan melibatkan pelbagai agensi kerajaan, NGO dan swasta selari dengan Dasar dan Pelan Tindakan PEKERTI 2022-2025 iaitu menekankan usaha untuk menyebarluaskan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial kepada golongan remaja di seluruh negara.

Program Advokasi SRH ini akan memberi tumpuan pada empat komponen pelaksanaan yang merangkumi Program Advokasi SRH, Kit Pembelajaran Kendiri Advokasi SRH, Kaunseling SRH Remaja dan Klinik KafeTEEN dan Pemberian Kit Pengurusan Kebersihan Diri. 

Selain itu, Lim juga berkata bahawa Kotex Malaysia telah menghasilkan dua kandungan video pendidikan haid dan SRH yang akan ditayangkan di sekolah.

“Kami telah berunding dengan pasukan pakar perubatan, pendidik dan pekerja NGO wanita untuk kandungan kedua-dua video pendidikan untuk memastikan ia berkualiti dan bersesuian untuk masyarakat Malaysia.

“Isu-isu terbangkit akibat stigma dan tabu haid dan murid-murid tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berkenaan haid. Sebagai jenama yang percaya bahawa wanita tidak patut dihadkan oleh haidnya, kami rasa penting juga untuk murid-murid dilengkapi dengan pengetahuan untuk mengurus haid dan menjaga diri mereka dengan bermaruah. Harapan kami adalah untuk mengikis stigma haid sekaligus,” kata En Lim.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This