PENYANYI Ayu Ting Ting mengesahkan ikatan pertunangannya bersama seorang tentera iaitu Kolonel Muhammad Fardana sudah berakhir.
Dedah Ayu atau Ayu Rosmalina,32, punca mereka berpisah disebabkan sudah tiada lagi persefahaman sekaligus hasrat untuk menikah selepas 10 tahun menjanda tidak kesampaian.
“Mungkin banyak masyarakat yang sudah bertanya-tanya (spekulasi putus tunang), jadi di sini saya bersedia untuk menyampaikan khabarnya.
“Saya ingin memberitahukan bahawa pertunangan dengan Mas Dhana (panggilan Fardhana) sudah putus sejak tanggal 22 Jun, dan itu hanya di antara kami.
“Bagaimanapun, pada tanggal 27 Jun pula ada pertemuan antara saya dengan pihak keluarganya. Alhamdulillah, secara rasmi (putus tunang),” katanya memetik CNN Indonesia.
Ayu bagaimanapun terus mengunci mulut punca perpisahan meskipun diasak untuk mendedahkannya.
Pasangan ini bertunangn selepas sebulan berkenalan.
“Saya tahu banyak juga yang bercakap mengenai putus tunang ini kerana masalah ekonomi dan lain-lain.
“Namun, saya tegaskan kalau dari masalah ekonomi itu, tidak mungkin keputusan saya ambil sampai sejauh ini.
“Dari awal pun kami sudah saling terima (berkaitan kewangan). Cuma, mungkin ini yang terbaik buat saya dan Bilqis. Saya berasa kerana Allah menjaga saya dan Bilqis juga,” ujarnya.
Untuk info, Ayu pernah berkahwin dengan Henry Baskoro Hendarso pada 4 Februari 2013, tetapi sah bercerai pada 1 April 2014.
Menerusi perkahwinan itu, mereka memiliki seorang anak perempuan, Bilqis Khumairah Razak yang dilahirkan pada 28 Disember 2013.

