Peminat ‘gigit jari’ Ayu Ting Ting tak jadi kahwin!… ini puncanya…

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

NAMPAKNYA hasrat peminat melihat penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Ayu Ting Ting untuk berbahagia dengan kekasihnya, Adit Jayusman sebagai pasangan suami isteri yang sah, tidak kesampaian.

Semuanya kerana, Ayu telah membatalkan perancangan untuk berkahwin pada 14 Februari ini. Entah apa alasan yang membuatkan janda beranak satu itu membuat keputusan demikian.

Sehingga ke saat ini, baik Ayu mahupun Adit, masing-masing mengunci mulut punca perpisahan itu dan tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Pun begitu, ramai yang membuat andaian jika perkahwinan mereka itu ada campur tangan orang tua Ayu yang tidak bersetuju dengan pilihannya.

Namun, dakwaan tersebut disangkal sekeras-kerasnya oleh penyanyi berusia 28 tahun itu dan menegaskan keputusan pembatalan pernikahan itu datang dari dirinya dan tidak dipengaruhi oleh keluarganya.

“Tidak ada campur tangan siapapun, baik orang tua saya mahupun siapa. Insya-Allah ini sudah yang terbaik yang Alla kasih buat saya.

“Semua baik-baik sahaja. Kalau Allah sudah bilang (kata) tidak, dia bukan jodoh kamu, ya sudah,” katanya kepada Kompas.com.

Impian Ayu untuk bernikah dengan Adit tidak kesampaian

Difahamkan, majlis perkahwinan mereka awalnya dirancang akan diadakan secara meriah di Depok, Jawa Barat dan di Kemang, Jakarta Selatan.

Keputusan drastik Ayu itu nyata mengejutkan banyak pihak kerana persiapan untuk majlis pernikahan mereka difahamkan sudah 90 peratus selesai.

Menurut wakil perunding perkahwinan, Lukman berkata, dengan pembatalan itu, pihak mereka mengalami kerugian kerana sebahagian peniaga (vendor) sudah menyiapkan barang-barang yang diperlukan.

Malah, Ayu turut mengalami kerugian besar kerana sudah membayar wang deposit kepada wakil perunding perkahwinannya yang tidak boleh dikembalikan.

Daripada kenyataan Lukman, Ayu dan Adit mengalami konflik dalaman sehingga terpaksa sepakat membatalkan perkahwinan mereka secara baik.

“Itu masalah dalaman. Pihak Ayu juga tidak bercerita banyak tentang punca semuanya ini terjadi.

“Yang pasti memang mereka ada masalah yang kami tidak boleh beritahu kepada semua,” ujar Lukman.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This