SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Ipoh Lumut, berhampiran persimpangan Silibin, 10.30 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu dari arah Silibin ke Jelapang telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.
Beliau berkata, kereta mangsa kemudian bertembung dengan sebuah lagi kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 40 tahun.
“Akibat kemalangan, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di dada dan kepala.
“Manakala seorang lagi pemandu kereta mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bagi tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

