MAJLIS Profesor Negara (MPN) menjelaskan badan pemikir itu bukan di bawah naungan kerajaan apabila dibubarkan serta-merta berkuatkuasa 23 Mei 2018.
Mulai tarikh pembubaran itu, MPN dalam kenyataan memaklumkan, tidak lagi menerima saluran dana daripada kerajaan.
Malah, badan pemikir itu menegaskan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas selepas pembubaran berkenaan.
“MPN merujuk kepada laporan media tempatan yang merujuk Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap isu salah guna dana dan isu tadbir urus oleh badan ini bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023.
“Di sepanjang tempoh itu, pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya di samping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
“MPN mula diterima semula beroperasi di bawah naungan kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya dalam kenyataan itu.
Terdahulu, LKAN 2/2024 mendedahkan berlaku penyalahgunaan dana dalam MPN.
Baca artikel lain: Projek RoL, jalur lebar dan ECER antara isu signifikan dalam LKAN 2/2024
Menurut laporan itu, MPN sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri (JPM), didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.
Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016).
Selain itu, pembayaran elaun tetap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi berjumlah RM207,000 dibuat tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.
Pembayaran juga dibuat tanpa kelulusan LPA iaitu membabitkan ‘Honorarium’ felo penyelidik berjumlah RM399,000; pemasangan lif dan pengubahsuaian pejabat berjumlah RM82,500; penyelarasan gaji pengurusan tertinggi berjumlah RM62,500 serta pembayaran elaun tetap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berjumlah RM66,000.
Skop pengauditan meliputi penilaian terhadap aspek tadbir urus korporat MPN dalam mengendalikan aktiviti bagi tempoh tahun 2019 hingga 2023.
Ia termasuk penilaian terhadap aspek kedudukan kewangan meliputi analisis penyata kewangan beraudit tahun 2020, 2021 dan 2022.
Laporan itu menyebut, MPN tidak pernah diaudit oleh Jabatan Audit Negara sejak diperbadankan pada tahun 2014.
Katanya, MPN menerima geran mengurus daripada kerajaan berjumlah RM35.84 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 serta 2022 dan 2023.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

