Uni-Spa UiTM sasar lahirkan graduan dengan kemahiran keusahawan, bantu jana pendapatan

Dari Penulis

Tidak hanya melahirkan graduan lepasan universiti, penubuhan UiTM Uni-Spa di bawah Program Inkubator ini berupaya membantu para pelajar membina kerjaya usahawan dalam bidang kecantikan dan kesihatan semasa masih menuntut di universiti. Program ini juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah pendapatan, sekaligus membantu mereka menampung kos sara hidup sehari-hari.

‘Buah tangan’ terbaharu dalam Program Inkubator MASMED UiTM dan hasil kolaborasi bersama FMMC Teguh Resources ini antara lain untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah “Entrepreneurial Nation” menjelang 2030, selain membentuk pelajar yang holistik dan seimbang serta mengukuhkan kecenderungan mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya.

Antara modul yang disediakan adalah Jatidiri Usahawan Muslim, Model Business Canvas, Pengenalan Industri Kecantikan dan Kesihatan, serta Digital Marketing. Selain itu, pelajar boleh memilih modul kemahiran seperti Urutan Sukan dan Bekam, Mobile Facial Spa, dan Muslimah Hair Stylish.

Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pelajar dari segi kemahiran dan pendapatan tambahan, tetapi juga kepada komuniti dengan menawarkan rawatan kecantikan dan kesihatan pada harga mampu milik.

Penubuhan inkubator ini dijangka dapat membuka peluang baru kepada pelajar untuk membina kerjaya sendiri, sekaligus mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan graduan. Ini juga akan menyokong perkembangan usahawan muda dan memperkukuh ekonomi tempatan dengan penciptaan peluang pekerjaan.

Program ini telah dirasmikan oleh Professor Ts. Dr. Salmiah Kasolang, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) MASMED UiTM dan disaksikan oleh barisan Pengurusan Tertinggi MASMED UiTM serta FMMC Teguh Resources.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This