Saujana mata memandang tika pertama kali menjejakkan kaki ke Taiwan. Penulis di bawa oleh Hexa Comms dan Taiwan Tourism di Malaysia bagi menerokai sendiri pengalaman be rcuti ke Taiwan sebagai Muslimah traveller. Jadi ini antara live hack bagi korang bila bercuti ke Taiwan untuk dapatkan hotel mesra muslim dan makanan halal.
Masih mengekalkan struktur bangunan lama dengan sedikit sentuhan moden, nyata Taiwan cukup menghargai sejarah dan budaya setempat. Persekitaran yang cukup bersih, hatta di kawasan kampung, semuanya terjaga dengan cukup sempurna. Susah nak nampak sampah bertaburan di tepi jalan walau tiada tong sampah. Malah walau tandasnya tiada air dan sesetengahnya menggunakan bidet, tak ada bau hancing tau.

Baca Salam Taiwan : https://utusantv.com/2024/07/02/bukan-negara-islam-namun-menjadi-lokasi-mesra-muslim-taiwan-buka-mata-pelancong-islam/?swcfpc=1
Bertemakan eco-tourism, penulis di bawa ke beberapa lokasi yang cukup indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Malah setiap darinya memberikan rasa nostalgia yang cukup menyentuh hati.
Shinfong Farm, Xinshe Taichung
Pengalaman memetik buah anggur terus dari ladang di Shinfong Farm cukup mengujakan. Gugusan buah anggur yang ranum menunggu masa untuk dipetik cukup manis dan segar. Tak sangka cuaca panas pun boleh usahakan penanaman anggur. Jangan lupa cuba aiskrim dan jus anggur, fuhhh menyegarkan.
Lebih menarik, ladang ini juga menyediakan ruang piknik bersama anak-anak di dalam ladang anggur. Seronok kan?


Gaomei Wetland dan Lighthouse, Taichung
Dari kejauhan terlihat deretan windmill (kincir angin) berputar dan semakin dekat bas melewati Gaomei Wetland, terserlah keindahan tanah hitam yang dihiasi ‘doc’ sepanjang 800 meter sehingga ke gigi air. Sukar nak dilupakan pemandangan super cantik ini, boleh healing sambil berjalan antara laluan kawasan paya yang luas, dataran lumpur, laluan air dan menikmati keindahan matahari terbenam.


Jangan lupa teruskan berjalan kira-kira 10 minit untuk ke Lighthouse, Taichung. Terdapat juga kafe comel yang menjual minuman dan ais krim untuk menghilangkan dahaga selepas berpeluh berjalan.

Xinshe Castle
Tenang dan damai seolah-olah berada dalam dunia fantasi. Bunyi kicauan burung dengan hamparan rumput menghijau, memang ‘Istagrammable-worthy’. Istana Xinshe ini meliputi istana, tasik, air terjun dan European gardens.
Istana ini merupakan milik persendirian yang dibina dalam gaya Eropah zaman pertengahan. Bangunan vintaj gaya Eropah dibina menggunakan bata merah mencipta suasana seperti kisah dongeng. Duduk santai di tepi tasik sambil dikelilingi pohon menghijau dengan angin sepoi-sepoi bahasa…priceless!


Wanggong Oyster Cart Ecotour
Pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Melihatkan ketekunan dan kegigihan warga emas mengusahakan ternakan tiram di Wanggong memberikan satu rasa nostalgia. Penulis dibawa menaiki ‘iron ox’ yang seakan-akan ‘tuk-tuk’ untuk aktiviti mengutip tiram di ladang ternakan.

Bayangkan perjalanan menuju ke destinasi disempurnakan dengan pemandangan ‘windmill’ di tepi sungai dengan hamparan bunga matahari di tepi jalan. Subhanallah, cantiknya.
Penulis dinasihatkan memakai stokin sewaktu memijak pantai bagi merasai sendiri kelembutannya. Dan apa yang boleh disimpulkan, penternak yang terdiri daripada warga emas Wanggong ini masih menggunakan teknik tradisional bagi menternak tiram. Penulis cukup kagum melihatkan komited dan kesungguhan mereka.
Jangan lepaskan peluang rasai sendiri kesegaran tiram dari ladang, lembut dan berjus. Sedap!


Lukang Old Street
Lukang Old Street masih mengekalkan struktur rumah lama dengan gabungan tarikan bersejarah dan kedai moden. Lokasi ini merupakan kawasan pemuliharaan warisan yang pertama di Taiwan, mempamerkan seni bina komersil dan kediaman yang telah berdiri selama berabad-abad. Suasananya mengimbau memori seperti filem lama Cina, malah penulis turut diberi peluang memakai pakaian tradisional Qibao sambil menjelajah seluruh Lukang Old Street.


Jangan lupa singgah Lorong Moru yang juga dikenali sebagai ‘breast touching lane’ kerana ruangnya yang sangat sempit dan akan menyentuh dada seseorang jika anda melewatinya.

Taipei 101 Observatory Deck
Tidak lengkap kunjungan ke Taiwan andai tidak ke Taipei 101 Observatory Deck. Menara ikonik dengan motif rekaan daripada buluh dan pagoda setinggi 101 tingkat ini menjadikannya bangunan ketiga tertinggi di dunia. Nikmati panorama indah Taipei dari observation deck sambil minum teh boba paling popular di Taiwan.


Xingchuan Pavilion Hand Bath, Beitou Hot Spring Museum, Beitou Library
Setiap kesan tinggalan sejarah diabadikan menjadi monument penting di Taiwan. Penulis dibawa menaiki MRT menuju ke New Beitou Station, satu-satunya stesen original terakhir yang masih berdiri megah. Dibina pada tahun 1916, bangunan ini mempunyai struktur kayu dramatik yang kini dijadikan muzium.
Beitou terdahulunya terkenal di seluruh empayar Jepun (dari era penjajah Jepun (1895-1945) untuk mata air panasnya.

Bersebelah Beitou Station juga tersedia Xingchuan Pavilion Hand Bath di mana penulis berpeluang merasai sendiri kehangatan kolam mini mata air panas di tengah kota Beitou. Menarik kan?

Nikmati juga kecantikan senibina Beitou Library yang terletak bersebelahan anak Sungai yang cukup jernih mengalir. Sambil baca buku, sambil nikmati keindahan alam.

Keelung
Zhengbin Fishing Port Color House antara tarikan ‘Istagrammable-worthy’ yang cukup popular di Keelung. Keelung memberikan aura seperti menonton drama Korea di mana lokasi ini berada di pelabuhan kapal dengan berlatarkan ‘rainbow house’ beserta deretan kedai lama.
Penulis tiba hampir waktu petang jadi suasana di sana cukup romantis dengan matahari yang hampir terbenam.


Yehliu Geopark – Times of Rocks in Yehliu – A Night-time Visit to the Queen’s Head
Terkenal dengan lanskap geologi yang unik dan berbatu, kemunculan Queen’s Head sebagai simbol Yehliu Geopark merupakan antara tarikan utama di sini. Malah perjalanan ke Yehliu cukup mengujakan kerana anda akan ditemani pelbagai bentuk dan struktur batu unik yang disebabkan hakisan jangka panjang.


Foto Kredit : Hexa Comms, Takeshi Wann, Nurul HHWT

