PENEMUAN prosedur ‘ketidakteraturan’ dalam pengurusan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) seperti disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) semalam belum masanya untuk diklasifikasikan sebagai skandal besar, kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga menteri komunikasi berkata perkara itu perlu diteliti dan memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk membahaskannya di Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
“Kita belum ada maklumat penuh mengenai isu yang berkait HRD Corp seperti yang disebut tadi.
“Tetapi mungkin perlu penelitian dulu dan kita beri ruang kepada Ahli Parlimen untuk bahas dan Menteri Sumber Manusia, Steven Sim untuk memberi jawapan di Parlimen dahulu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jemaah Menteri, lapor portal FMT.
Semalam, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, dalam LKAN 2/2024, berkata Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan ekoran kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.
Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat.
Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pula mendedahkan panel pelaburan HRD Corp tidak melaporkan aktiviti pelaburannya kepada Ahli Lembaga Pengarah.
Mengulas mengenai isu itu, Ketua Setiausaha Kesuma Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini berkata tiada pegawai HRD Corp) digantung susulan penemuan prosedur ‘ketidakteraturan’ dalam LKAN.
Khairul berkata pegawai hanya akan digantung jika siasatan dalaman dilakukan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

