POLIS Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja di Daerah Sentul dan Dangi Wangi.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul, telah menjalankan risikan ke atas satu sindiket dadah yang bergerak aktif di kawasan Sentul dan Dang Wangi.
Katanya, dalam serbuan pertama yang dijalankan pada 1 Julai lalu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.
“Kemudian hasil soal siasat dan siasatan lanjut yang dijalankan, serbuan kedua telah menangkap lagi dua lelaki tempatan di Jalan Raja Chulan yang sedang menjinjit karung guni warna putih bertulis SBS berisi sebuah kipas berwarna unggu jenama KHIND.

“Satu kotak warna coklat bertulisan STRETCH FILM yang dipeluk oleh salah seorang suspek di dalamnya telah menjumpai 50 peket plastik lutsinar bertulisan WC BY PRO=XSD/ CW berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah ganja (anggaran berat keseluruhan: 5260 gram),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, pasukan serbuan telah membuat serbuan ketiga pada hari yang sama terhadap sebuah kereta jenis Mercedes Benz dan sebuah kereta jenis Nissan Almera di Jalan Raja Chulan
Menurutnya, serbuan mendapati kenderaan milik kedua-dua suspek tetapi tidak menjumpai sebarang barang yang melanggar kesalahan.

Katanya, serbuan keempat telah dibuat dengan dipandu arah oleh kedua-dua suspek tersebut ke sebuah premis di Jalan Raja Chulan dan telah menjumpai diatas lantai sebanyak lima kotak berisi dadah.
“Ujian saringan air kencing, suspek tangkapan pertama didapati positif dadah jenis THC manakala tangkapan susulan dua suspek negatif dadah.
“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
“Kesemua suspek kini ditahan reman selama lima hari bermula 2 Julai sehingga 5 Julai.

“Kes disiasat dibawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori atau penjara seumur hidup dan juga hendaklah disebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati,” katanya.
Ahmad Sukarno menambah, kesemua suspek telah terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah sejak empat bulan lepas.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti ahli sindiket yang terlibat dan sumber bekalan diperolehi.
Menurut beliau, hasil dari tangkapan dan rampasan tersebut, pihak polis telah berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di kawasan Lembah Klang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

