Untuk mendapatkan kuih lompang yang berlesung pipit, api kukus kena besar dan kuat. Acuan perlu dipanaskan terlebih dahulu. Apabila air sudah mendidih, baru tuangkan adunan ke dalam acuan. Kukus selama 30 minit. Setelah lompang masak, buangkan air yang bertakung di bahagian lesung.
Jika ingin membuat lompang gula Melaka, bahan B hendaklah ditukarkan kepada 200 gm gula merah + 60 gula pasir + 1 liter air + 3 helai daun pandan.
Resipi : Chef Asma

LOMPANG PANDAN
BAHAN A
250 gm tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
BAHAN B
260 gm gula
1 liter air daun pandan – 10 helai daun pandan kisar bersama air
BAHAN C
Sedikit pewarna hijau epal
2 sudu kecil air kapur
CARA PENYEDIAAN
- Satukan ke semua bahan A. Ketepikan.
- Satukan pula bahan B. Masak sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam-suam kuku.
- Kemudian tuangkan bahan B ke dalam bahan A, kacau sebati dan tapis.
- Masukkan pula bahan C, sedikit pewarna hijau epal dan air kapur.
- Sapu minyak pada acuan lompang, panaskan sekejap. Tuang adunan ke dalam acuan lompang. Kukus selama 30 minit.
- Api kukusan mestilah kuat untuk mendapatkan hasil yang memuaskan (lompang berlesung pipit). Setelah masak, hiaskan dengan kelapa parut yang digaulkan dengan sedikit garam.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

