Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah pada paras bahaya – NADMA

Dari Penulis

EMPANGAN Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak menunjukkan penyusutan baki simpanan semasa air mentah berada pada paras bahaya, iaitu masing-masing 18.37 peratus dan 19.97 peratus.

Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran, iaitu kurang daripada 59.99 peratus.

Memetik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), agensi itu berkata lima empangan tersebut ialah Empangan Malut dan Empangan Pedu di Kedah, masing-masing sebanyak 36.10 peratus dan 50.50 peratus; Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Hitam, Pulau Pinang masing-masing sebanyak 37 peratus dan 56.70 peratus serta Empangan Timah Tasoh, Perlis dengan 42.60 peratus.

Rekod bagi bacaan paras bahaya ialah baki storan 29.99 peratus dan ke bawah, 30 peratus hingga 59.99 peratus (amaran) serta 60 peratus dan ke atas (normal).

Berkaitan penyakit berkaitan cuaca panas, NADMA yang memetik Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 108 kes setakat hari ini, berbanding 103 kes yang dilaporkan pada 24 Jun lalu dengan 25 kes diagnosis strok haba, kelesuan haba (76 kes) dan tujuh kes kejang haba.

Baca artikel lain: Pegawai SPRM bawa keluar 3 kotak dari ibu pejabat HRD Corp

NADMA memaklumkan daripada jumlah itu, Kedah menjadi negeri tertinggi iaitu sebanyak 19 kes, diikuti Terengganu (17), Johor dan Pahang, masing-masing 14, Perak (11), Negeri Sembilan (sembilan), Selangor (lapan), Sabah (enam), Kelantan (empat), Kuala Lumpur (tiga), Perlis (dua) dan satu kes di Pulau Pinang.

Pecahan kes mengikut umur pula melibatkan sebanyak 83 individu dewasa, 20 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas dan kes kematian akibat strok haba kekal lima, setakat ini.

Selain itu, NADMA memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan terhadap lebih 652 kawasan panas kebakaran di seluruh negara, susulan fasa akhir Monsun Timur Laut.

Menurut laporan itu, Selangor, Johor dan Sarawak antara negeri tertinggi yang direkodkan berlaku pengulangan kejadian melibatkan kebakaran kategori lalang, kebun, hutan dan pelupusan sampah.

– BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This