NADMA laksana pembenihan awan selama 3 hari, tumpu 11 empangan utama – Ahmad Zahid

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEJAK semalam selama tiga hari, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) giat melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) susulan daripada cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, menerusinya, tumpuan diberikan kepada beberapa empangan utama di Kedah, Perlis, Perak serta Johor yang berada pada tahap waspada, amaran dan kritikal.

“Setibanya saya dari Pulau Pinang, saya terus meninjau penyelarasan OPA yang digerakkan oleh NADMA bersama agensi berkaitan.

“Cuaca panas yang berlarutan ketika ini memberi tekanan kepada paras air empangan, khususnya di negeri-negeri utara.

“Justeru, langkah ini dilaksanakan secara proaktif bagi membantu meningkatkan taburan hujan dan memastikan bekalan air kekal mencukupi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya lagi, setiap pelaksanaan dibuat dengan penelitian teknikal rapi, daripada keadaan atmosfera sehinggalah kepada kaedah pembenihan yang digunakan bagi memastikan keberkesanannya.

“Ini adalah antara ikhtiar yang kita lakukan untuk menjamin kelangsungan bekalan air dan kesejahteraan rakyat. Insya-Allah, kita akan terus memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya,” katanya lagi.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This