MENTERI Besar Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor berharap Sarawak menanggung sebahagian kos untuk menghantar kontinjen negeri itu ke Sukan Malaysia (SUKMA) yang tinggi bagi membawa kontinjen dan peralatan.
Beliau berkata, ia susulan kos tinggi yang terpaksa ditanggung termasuk tiket perjalanan dan membawa peralatan ke negeri tersebut yang terletak agak jauh.
Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat exco, Sanusi berkata kontinjen negeri itu perlu membawa beberapa kontena peralatan ke Sarawak.
“Kita akan hantar kontinjen ke Sarawak tetapi bila jauh ini koa agak tinggi sedikit. Saya rasa rasa negeri lain juga sama.
“Kos untuk menyertai SUKMA tahun ini agak tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kita juga berharap tuan rumah (Sarawak) tanggung sedikit kos. Banyak peralatan kena bawa.
“Dengan susah payah ini, kini akan menyertai juga atas semangat kesukanan dan menjayakan SUKMA di Sarawak,” lapor FMT.
Bernama sebelum ini melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Timbalan Setiausaha Negeri Hii Chang Kee berkata persediaan untuk sukan itu kini 90% siap.
SUKMA 2024 akan diadakan di sembilan daerah negeri itu bermula 17 hingga 24 Ogos. Sebanyak 37 sukan akan dipertandingkan, membabitkan 488 acara dengan penyertaan 12,619 atlet dan pegawai.
Ini adalah kali ketiga Sarawak menganjurkan sukan itu selepas 1990 dan 2016.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

