“Anda sentuh, anda keluar,” Asyraf Wajdi beri amaran kepada pelajar MRSM

Dari Penulis

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan buli sama ada berbentuk fizikal atau mental kerana ia disifatkan satu bentuk jenayah.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki GAMBAR: Abd Razak Aid

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes buli di Institut Pendidikan MARA (IPMA) atau Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk terus memaklumkan mengenai perkara tersebut kepadanya sekiranya ia berlaku.

Katanya, beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua bentuk buli lebih-lebih lagi membabitkan sentuhan fizikal.

“Pengurusan MARA amat mengetahui saya berpegang kepada prinsip ‘You touch you go’. (Anda sentuh, anda keluar). Tidak layak duduk dalam MRSM jika tidak boleh belajar hidup bermasyarakat dan berakhlak.

“Sekiranya perbuatan buli benar-benar berlaku, tindakan tegas mengikut undang-undang dan peraturan yang ada perlu dilakukan segera.

“Mangsa juga mesti dipantau supaya tidak menerima kesan sampingan yang lain daripada rakan-rakan dan persekitaran,” katanya dalam Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, seorang pempengaruh serta pakar kewangan Islam, Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman Facebook berkongsi satu tangkap layar meminta Asyraf Wajdi mengambil tindakan terhadap insiden yang diadukan seorang ibu, mengatakan anak lelakinya pelajar Tingkatan Satu yang menuntut di sebuah MRSM tanpa dinyatakan lokasinya menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Lima.

Katanya, MARA wajar mengambil tindakan segera terhadap insiden itu kerana dibimbangi boleh diikuti dengan kekerasan fizikal yang akhirnya membawa kecederaan tubuh dan mental.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi dalam ruangan komen terus bertindak proaktif bertanya lokasi MRSM terbabit dan kemudian selepas mengetahui lokasinya memaklumkan pengurusan MRSM itu diberi tempoh sehingga petang esok bagi menyediakan laporan berhubung kes itu.

“Saya sudah terima maklumat dan pihak pentadbiran MRSM berkenaan sedang ambil tindakan segera. Saya minta (mengarahkan) laporan lengkap mengenainya paling lewat esok petang.

“Saya minta siasatan dibuat secara adil dan menyeluruh,” katanya.

Menerusi aplikasi Thread, dengan nama akaun Iqa.schamemey iaitu ibu kepada pelajar tingkatan satu, mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli pelajar Tingkatan Lima yang sering meminta anaknya memasakkan mi segera dibiliknya.

“Mental anak saya didera. Anak saya sampai takut kalau tidak sediakan mi untuk pelajar itu dan takut kena pukul,” katanya dalam aplikasi itu semalam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This