Pindaan Akta Perubatan 1971 iktiraf KKM sebagai institusi latihan kepakaran

Dari Penulis

PINDAAN Akta Perubatan 1971 akan mengiktiraf Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai antara institusi dalam menyediakan latihan kepakaran seperti institusi pendidikan tinggi tempatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pindaan itu juga dapat memastikan keteraturan pelaksanaan latihan kepakaran dalam negara memandangkan kebanyakan latihan kepakaran dalam bidang perubatan dilakukan di fasiliti dan latihan dikendalikan pakar-pakar KKM.

“Dengan adanya peruntukan di bawah Perenggan 14B(3)(a) ini, KKM diiktiraf sebagai salah satu institusi yang boleh menyediakan latihan kepakaran sepertimana institusi pendidikan tinggi tempatan.

“Pengamal perubatan yang menjalani Latihan Kepakaran Laluan Selari sedia ada dalam pelbagai bidang boleh disahkan sebagai tamat latihan oleh KKM setelah mereka memenuhi semua keperluan latihan,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, semalam.

Baca artikel lain: Kemelut Program Laluan Selari selesai apabila AAM & Majlis Dekan Fakulti Perubatan, lalui denai sama

Dalam peruntukan itu juga katanya semua latihan kepakaran baharu sama ada Program Sarjana Perubatan atau Laluan Selari boleh mendapatkan kelulusan dan pengiktirafan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Suatu program latihan boleh diiktiraf atau diluluskan MMC sekiranya ia memenuhi piawaian atau standard umum latihan kepakaran atau dikenali sebagai Malaysian Standards for Medical Specialist Training dan piawaian standard yang lebih spesifik mengikut bidang kepakaran atau Speciality Specific Requirements (SSR) yang disediakan MMC,” katanya.

Beliau berkata proses pengiktirafan dan kelulusan latihan kepakaran baharu yang disediakan institusi pendidikan tinggi tempatan akan diselaraskan selari dengan proses akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia agar tidak timbul duplikasi proses kerja yang tidak perlu.

Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 adalah bagi menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses pengiktirafan kelulusan dan latihan kepakaran pengamal perubatan.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This