Kerajaan wajar pertimbang beri 300 liter subsidi petrol kepada petugas kesihatan – Dr Zaliha

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KERAJAAN dicadang untuk mempertimbangkan pemberian 300 liter subsidi petrol secara bersasar kepada petugas kesihatan yang terkesan.

Bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, hal itu memandangkan sebahagian petugas kesihatan awam menggunakan kenderaan sendiri bagi melaksanakan lawatan pesakit kronik, pemantauan penyakit berjangkit serta intervensi kesihatan komuniti.

Katanya, keperluan mobiliti itu berkait secara langsung dengan keberkesanan sistem kesihatan awam di peringkat akar umbi.

“Saya mengambil maklum pandangan Majlis Gabungan Presiden dan Setiausaha Agung Kesatuan Sekerja Kementerian Kesihatan (MAPSU) berhubung keperluan mengekalkan kuota subsidi petrol sebanyak 300 liter sebulan bagi petugas kesihatan yang melaksanakan tugasan lapangan secara berterusan.

“Dalam masa yang sama, saya menyokong langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi petrol kepada 200 liter sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara susulan tekanan krisis tenaga global,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, secara keseluruhannya, majoriti rakyat tidak terkesan dengan pelarasan itumemandangkan data menunjukkan 90 peratus rakyat menggunakan BUDI95 kurang 200 liter sebulan.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan boleh mempertimbangkan pendekatan bersasar bagi memastikan petugas kesihatan yang mempunyai keperluan mobiliti tugas tinggi terus diberikan sokongan sewajarnya tanpa menjejaskan matlamat rasionalisasi subsidi negara.

“Pendekatan seimbang seperti ini penting bagi memastikan disiplin fiskal negara dapat diperkukuh, tanpa menjejaskan keberkesanan perkhidmatan kesihatan awam kepada rakyat,” tambah beliau.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Aminuddin umum DUN Negeri Sembilan bubar berkuat kuasa esok

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa esok. Katanya,...

More Articles Like This