PAS pertahan tindakan baca Qunut Nazilah di Parlimen, “ia tidak terhad kepada peperangan” – Mursyidul Am

Dari Penulis

PAS mempertahankan tindakan Ahli Parlimen mereka bersama Perikatan Nasional (PN) yang membaca Qunut Nazilah selepas AHli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung enam bulan daripada menyertai sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, berkata bacaan tersebut wajar kerana membaca Qunut Nazilah tidak hanya terhad kepada situasi berdepan dengan peperangan.

Sebaliknya, kata Hashim, pada pandangan peribadinya doa itu boleh dibacakan jika ada “jemaah Islam” yang membawa perjuangan agama ditekan oleh pihak lawan.

“Bagi saya , kita boleh doa Qunut Nazilah atas dasar tertekan. Ini pandangan pribadi saya, bukan pandangan mana-mana mazhab.

“Qunut Nazilah ini tak merujuk situasi medan perang sahaja, kalau orang itu ditekan melalui politik juga boleh (dibaca).

“Lagi-lagi yang ditekan adalah kelompok jemaah Perikatan Nasional berjuang membawa syiar Islam,” katanya memetik laporan Malaysiakini hari ini.

Kelmarin, ahli parlimen pembangkang ‘menyambut’ keputusan Dewan Rakyat menggantung Wan Ahmad Fayhsal dengan membaca Qunut Nazilah. Ia diketuai Zulkifli Ismail (PN-Jasin) yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.

Qunut Nazilah adalah amalan berasal dari zaman Nabi Muhammad SAW ketika baginda dan umat Islam diperangi musuh agama.

Dalam konteks semasa, doa itu sering dibaca umat Islam bagi mendoakan rakyat Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis di Gaza.

Sementara itu, Ahmad Fayhsal yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang mempertahankan tindakan Zulkifli serta ahli parlimen PN yang lain sebagai membela nasibnya.

Menyelar kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang menganggap perbuatan tersebut sebagai amalan politik yang melampau, Wan Ahmad Fayshal mendakwa doa itu tidak tujukan kepada kerajaan perpaduan, apatah lagi kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul ataupun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya kata Wan Ahmad Fayhsal, ia merujuk pihak yang bersubahat membantu pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza seperti BlackRock yang terpalit dengan Zionis.

“Doanya bersifat umum bukan khusus kepada seteru politik seperti yang didakwa Menteri (Saifuddin) ini.

“Yang kamu menggelupur dan terasa ni kenapa?” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This