Ramanan, YBR raikan pelajar cemerlang SPM di Sungai Buloh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SERAMAI 226 pelajar dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diraikan dalam satu majlis oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Ramanan dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini.

YBR dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua pelajar cemerlang itu diraikan melibatkan peruntukan berjumlah RM100,250.

Menruut YBR, inisiatif tersebut dilaksana bagi membantu meningkatkan akademik serta memotivasikan semua pelajar tersebut untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Penyerahan anugerah kepada pelajar-pelajar itu telah disempurnakan Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Dewan Meranti Sungai Buloh.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi YBR, Datuk Philip Benedict Lasimbang; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Zamri Salleh dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Baca artikel lain: YBR dinobat Anugerah Yayasan Tahunan bagi tahun keempat

Sementara itu, Ramanan amat menghargai sokongan padu dan tidak berbelah bahagi yang diberikan YBR dalam meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar terutama di Parlimen Sungai Buloh.

Di dalam majlis sama, Philip berkata, bantuan insentif yang diberikan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang diharapkan sebagai pemangkin untuk terus berjaya dalam pendidikan.

Pada masa sama, beliau turut berharap insentif tersebut menguatkan semangat pelajar untuk terus mengekalkan momentum mencapai keputusan cemerlang dan secara tidak langsung meningkatkan modal insan negara.

“Inisiatif hari ini bukti bahawa pihak YBR bukan sahaja menghulurkan bantuan malah kami juga turut memberi pengiktirafan terhadap kejayaan yang dikecapi oleh para pelajar,” katanya.

Program tersebut telah dijalankan secara dua sesi dengan yang pertama diadakan di Kota Damansara pada 13 Julai lalu dan Paya Jaras, Sungai Buloh.

Insentif berkenaan diberikan kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Sungai Buloh; SMK Bukit Gading; SMK Bukit Rahman Putera: SMK Saujana Utama; SMK Subang; SMK Subang Bestari dan SMK Seksyen 10 Kota Damansara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This