Pelajar OKU penglihatan buktikan tiada halangan untuk cemerlang STPM

Dari Penulis

STATUSNYA sebagai orang kurang upaya (OKU) penglihatan tidak sedikit pun menghalang Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham, 20, mencipta kecemerlangan dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023.

Pelajar dari Sekolah St John Institution itu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.

Muhamad Rafiuddin membuktikan kekurangan visual bukanlah penghalang untuk berada sebaris dengan rakan-rakan normal yang lain sebagai pelajar cemerlang.

“Bagi saya STPM tidak susah semasa peperiksaan, namun ia susah dalam menjaga mentaliti, adakah mental kita (pelajar) kuat untuk kita habiskan sampai Semester Tiga.

“Subjek seperti Pengajian Am dan Sejarah yang memerlukan banyak pembacaan adalah mencabar, tapi semua itu tidak menjadi masalah jika ada usaha,” katanya.

Pelajar terbaik peringkat kebangsaan calon Berkeperluan Khas (buta) STPM, Muhamad Rafiuddin Mohamad Hisham berkongsi kegembiraan dengan ibunya, Rozaidah Mohd Zakaria,52, pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Beliau berkata demikian ketika ditemui UtusanTV di Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), hari ini.

Tambah pelajar itu, dia tidak akan dapat keputusan cemerlang tanpa pertolongan guru, keluarga dan rakan-rakan yang tidak henti memberi sokongan serta bantuan.

Baca artikel lain: Zii Jia lebih tenang hadapi Olimpik

Dalam pada itu, seorang pelajar Orang Asli yang juga merupakan Calon Terbaik STPM 2023, Jazlin Jusoh, 20 berkata, keputusan diraih amat melegakan setelah bertungkus-lumus menempuh peperiksaan tersebut.

Pelajar terbaik peringkat kebangsaan STPM ketegori orang asli, Jazlin A/P Jusoh menunjukkan keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan STPM pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, Bentong itu mendapat keputusan PNGK 4.0 dalam keputusan STPM yang diumumkan hari ini.

“Saya rasa segala usaha saya dah terbayar, letih dan sakit saya. Saya dapat capai apa yang ayah saya nak,” katanya sambil menahan sebak dan berlinang air mata kegembiraan.

Keputusan STPM 2023 menunjukkan peningkatan pada catatan PNGK nasional kepada 2.84 berbanding 2.82 untuk tahun sebelumnya.

Pengerusi MPM, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, secara keseluruhannya PNGK nasional meningkat 0.02 mata dan ia merupakan yang tertinggi sejak STPM dilaksanakan pada tahun 1982.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This