DATUK Mohamad Nizar Mohamad Najib menafikan dakwaan bahawa beliau mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pahang.
Mohamad Nizar yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi menegaskan, pertemuan tersebut sama sekali tidak pernah berlaku dan hanya cerita dongeng semata-mata oleh musuh politik beliau.
Anak sulung kepada Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, beliau berpegang kepada pesanan ayahnya untuk setia kepada parti walau dalam apa jua keadaan.
“Mana mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang UMNO yang lain sejak ia ditubuhkan.
“Saya tidak akan membelot untuk khianati Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, seorang pemimpin yang saya amat kasihi dan hormati,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, Wan Rosdy juga telah banyak membantu pengundi di kawasannya iaitu di Peramu Jaya, Pekan.
Menurut Mohamad Nizar, beliau selaku exo dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya tidak akan mengkhianati Wan Rosdy.
Katanya, beliau bukan seorang katak politik yang sanggup menggadaikan prinsip dan maruah serta ‘menjualkan’ diri kepada mana-mana pembida yang tinggi.
“Oleh itu cukup-cukuplah sebarkan fitnah untuk keuntungan politik murahan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

