Tiada perbincangan rasmi UMNO, Pas bentuk kerjasama – Ahmad Zahid

Dari Penulis

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada pertemuan atau perbincangan rasmi antara parti itu dengan PAS, bagi membentuk kerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau juga secara peribadi tidak bertemu dengan mana-mana pemimpin parti tersebut.

“Mereka tidak berjumpa dengan saya. Jika ada pun, mungkin itu pendekatan yang dibuat secara peribadi dan bukan secara rasmi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi Sukan di Seksyen 13 di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata terdapat dakwaan mengenai beberapa siri pertemuan antara PAS bersama UMNO, bagi membincangkan kerjasama berkenaan.

Beliau mendakwa pertemuan itu dibuat secara tidak formal membabitkan pemimpin utama kedua-dua parti tersebut.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This