Bekas Speaker DUN Perak, Mat Isa Ismail meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mat Isa Ismail, 74, meninggal dunia petang semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menerusi kenyataan di laman Facebook malam tadi.

“Menerima khabar duka, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk Mat Isa Ismail telah kembali ke rahmatullah lewat petang tadi (semalam). Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh Allahyarham.

“Mudah-mudahan Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya dan mengangkat darjatnya bersama orang-orang yang beramal soleh. Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi saat-saat getir ini,” katanya.

Baca artikel lain: Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun

Menerusi laman sosial itu, Saarani berkongsikan gambar beliau menunaikan solat jenazah bersama jemaah dan turut hadir ke pengebumian Allahyarham Mat Isa.

Mat Isa pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun Razak dari 1993 hingga 1995, selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering selama tiga penggal dari 1997 hingga 2008.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This