KONTINJEN negara bakal mengenakan sepersalinan busana yang dinamakan ‘The Malaya’ sentuhan pereka fesyen terkemuka, Rizman Ruzaini pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris, esok.
Busana ‘The Malaya’ itu diperkenalkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi rakaman video di Facebook, hari ini.
Dalam video tersebut, atlet lelaki bakal menggayakan baju Melayu Teluk Belanga manakala atlet wanita mengenakan baju kurung songket dengan kerubung berwarna hijau zaitun.
“Mempersembahkan ‘The Malaya’, pakaian rasmi kontinjen Malaysia pada majlis perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 rekaan Rizman Ruzaini,” katanya dalam hantaran tersebut.
Menurut dua pereka fesyen itu, busana yang bertemakan ‘Manis dan Sopan’ itu menampilkan atlet wanita mengenakan kerubung yang sinonim dengan wanita Malaya manakala atlet lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga sebagai junjungan kasih Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berasal dari Johor.
Pereka tersebut memberitahu, rona hijau zaitun pula dipilih sebagai tanda dedikasi dan aspirasi buat perwira negara seperti Datuk Maharaja Lela, Dol Said, Yamtuan Antah, Tok Janggut , Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Tuanku Abdul Rahman.
“Kami memilih skim warna hijau zaitun dengan motif keemasan kerana warna ini memberi aura klasik dan di bawah pantulan cahaya, ia memancarkan kilauan keemasan.
Baca artikel lain: PM ajak rakyat Malaysia doakan kontinjen negara di Sukan Olimpik
“Kilauan keemasan itu simbolik harapan kepada atlet kita membawa pulang pingat emas untuk negara.
“Rekaan itu juga seperti melihat sebutir berlian yang digilap berkilau dan diikat dengan emas yang dijadikan cincin di jari. Sungguh cantik, sangat sempurna,” katanya.
Dengan sosok tubuh tegap atlet, kedua-dua pereka ini berkata ia memberikan kesempurnaan serta menyerlahkan sisi sopan dan klasik pemakainya.
“Rekaan yang menyerlahkan gaya pemakai sopan dan klasik ini, akan membuatkan ramai terpaku.
“Kami yakin transformasi yang akan menjadi kenangan manis untuk kami juga sebagai pereka busana untuk atlet kebanggaan negara,” katanya.
Rizman Ruzaini dijemput oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Januari lalu untuk menyertai Malam Olimpik 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur, iaitu pereka tempatan ini diberi peluang untuk mempamerkan visi mereka tentang pakaian yang akan dipakai oleh atlet Malaysia pada majlis pembukaan Sukan Olimpik ke-33 di Paris.
Sejak dari itu, mereka bekerja keras untuk menghasilkan pakaian tradisional membentuk ‘The Malaya’ visi yang diterjemah kepada apa dilihat hari ini dan disaksikan dunia pada pembukaan esok.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

