Diana Rafar, Zamarul Hisham & Afyaa santuni 20 artis veteran, beri sumbangan RM5,000 serta tajaan umrah!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Diana Rafar, Zamarul Hisham dan Afyaa santuni selebriti veteran menerusi Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0

RENTETAN kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 yang dilakukan pada November tahun lalu mendorong pasangan selebriti popular Diana Rafar dan Zamarul Hisham menganjurkan siri kedua.

Istimewanya, Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 kali ini bekerjasama dengan jenama makanan tambahan kesihatan Afyaa Sdn Bhd dengan menyantuni 20 artis seterusnya memberikan tajaan produk Afyaa Hayyiba, Afyaa Sahiyya selama tiga hingga enam bulan dan wang tunai bernilai RM5,000.

Selain itu, kesemua artis turut mendapat tajaan menunaikan umrah sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Global Mesra iaitu Datuk Seri Salim Abdul Rahman.

Antara artis terbabit ialah Norlia Ghani, Delimawati, Azlee Senario, Harun Hashim, Mubarak Majid, Ako Mustapha, Bagio, Sathia, Mak Wan Latah, Mak Engku, Kartina Aziz, Anita Rafar, Asilah Rafar, Azila Rafar, Sahronizam Noor, Mak Jah, Kenji Sawahi, Ako Mustapha, Aida Khaleda dan Yasin Senario.

Pengasas Dari Poket Artis Ke Poket Artis yang juga pelakon Zamarul berkata, siri kali ini bukan saja membantu dari wang ringgit tetapi turut memberi fokus kepada kesihatan artis yang terpilih.

“Tujuan utama program ini sebenarnya nak menyantuni artis lama dan veteran. Selepas kejayaan program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0, kita pun dapat tahu Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut membuat ‘follow up’ dengan keadaan mereka dan ada juga artis yang dah dapat bantuan seperti bayaran rumah sewa serta sebagainya. 

“Saya dan Diana bersyukur sangat. Jadi, untuk kali ini saya cakap kepada Diana tidak semestinya kita kena buat dan bagi dalam bentuk wang sahaja, tapi mungkin kita boleh bantu dari segi kesihatan. 

“Kebetulan saya pernah makan produk Afyaa ini sebab ada masalah pinggang, Alhamdulillah berkesan untuk saya. Selepas bincang dengan Diana dan bercakap dengan Afyaa, mereka bersetuju menyumbang untuk penjagaan pemakanan selama tiga ataupun enam bulan buat artis yang ada masalah kesihatan serta wang tunai,” katanya kepada URTV.

Tambah Zamarul lagi, ia adalah sebagai pemudahcara kepada pihak lain untuk memberi bantuan kepada mana-mana penggiat seni yang sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Malah, selepas ini dia juga akan memperluaskan lagi pemilihan artis termasuklah pengarah dan komposer.

“Bagi kami, ini satu cara untuk buka ruang mungkin bukan dengan Afyaa saja, tapi selepas ini mungkin syarikat lain yang dapat tahu mereka ini tak berapa ataupun ada masalah kesihatan.

“Mungkin syarikat lain juga akan menyusuli. Saya dan isteri bukannya jutawan untuk kita buat setiap bulan tapi kita cuba untuk buat semampunya dan membantu.

“Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 ini kita bermula dengan pelakon, mungkin selepas ini kita cari pengarah, komposer dan penyanyi. 

“Memang itu impian saya sebenarnya. Tetapi Allah belum bagi kaya lagi. Jadi, kita gunakan cara dan pendekatan sebegini iaitu bekerjasama dengan syarikat yang sukarela dan sudi membantu,” ujarnya.

Sementara itu bagi Diana pula, dia berharap program seumpama itu akan dijadikan acara berkala dan diteruskan pada bila-bila masa.

“Pada awalnnya, niat saya semasa buat Dari Poket Artis Ke Poket Artis 1.0 sebab dapat sambutan daripada ramai artis seperti Mila Jirin dan Zizan Razak. 

“Artis yang datang sahaja kami boleh kumpulkan daripada seorang itu RM3,000 hingga RM4,000. 

“Jadi, saya fikir kalaulah perkara ini dapat diteruskan setiap tiga bulan dan kalau dapat teruskan setiap bulan saya bersyukur sangat sebab ramai lagi artis yang tengah popular sekarang kalau dapat tolonglah hubungi saya sebab mahu bersatu. 

“Tetapi, pastinya ada ujian juga bukan senang nak kumpulkan semua dan bergerak di bawah satu kepala. Jadi saya fikir tak apa kalau susah di sini, mungkin Allah bagi jalan kepada pengasas produk pula. 

“Saya yakin program seperti ini akan berterusan dan berpanjangn atas niat yang betul. Mungkin bukan setiap tahun, tapi kalau diizinkan Allah setiap bulan saya dan Zamarul memang nak buat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Afyaa Azim Adnan berkata, pihaknya berbangga untuk memberikan sokongan kepada artis-artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri hiburan tanah air.

“Kamil komited untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami. Kami berbangga untuk memberikan sokongan kami kepada artis-artis veteran yang telah banyak memberi sumbangan kepada industri kami selama beberapa dekad.

“Kami bernekad untuk melangkaui batas dalam memastikan kesihatan dan kebahagiaan mereka yang menggunakan produk kami dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.

Program Dari Poket Artis Ke Poket Artis 2.0 berfungsi sebagai platform penting untuk merapatkan jurang generasi dalam industri hiburan. 

Dengan mencipta peluang interaksi di antara artis moden dan veteran, inisiatif ini memupuk rasa perpaduan, kerjasama dan semangat saling menyokong yang lebih mendalam merentas era komuniti hiburan yang berbeza.

“Ini mempamerkan bukti usaha berwawasan Diana dan Zamarul yang berdedikasi terhadap program ini bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapi oleh artis veteran. 

“Melalui kerjasama ini, mereka berusaha untuk memberi penghargaan ke atas sumbangan seniman berpengalaman kita, sambil menggalakkan semangat setiakawan dan berkongsi kejayaan dalam industry seni Malaysia,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This