Michael Learns To Rock kembali ke Malaysia untuk konsert jelajah “Take Us To Your Heart”, jualan tiket bermula 31 Julai ini

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

KUMPULAN erkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock kembali ke Asia pada November ini atas usaha MMIC Entertainment Group yang membawa trio tersebut ke Filipina, Thailand dan tidak ketinggalan Malaysia.

MMIC Entertainment Group selaku penganjur dan JS Concert Productions sebagai Promoter, Michael Learns To Rock “Take Us To Y our Heart” Tour in Malaysia akan menghibur hati peminat mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting pada 10 November depan.

Malam yang bakal meninggalkan momen indah buat penonton bersama Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) sudah pasti akan terbuai dengan lagu-lagu malar segar dendangan mereka yang tidak jemu didengar oleh penonton Malaysia seperti lagu “That’s Why (You Go Away)”, “Paint My Love”, “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart”dan banyak lagi.

Michael Learns To Rock yang berasal dari Aarhus, Denmark itu merupakan salah satu kumpulan muzik yang paling berjaya mengharumkan nama negara kelahiran mereka.

Telah wujud sejak 1988, Michael Learns To Rock adalah di antara kumpulan yang paling lama berkarya dalam bidang hiburan di seluruh pelosok dunia tanpa mencetus sebarang skandal untuk berada di puncak.

Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah itu telah mengeluarkan sembilan album studio yang berjaya dijual berjuta unit. 

Mereka telah menjayakan lebih 800 pertunjukan dan terus bertambah, masih melakukan perjalanan merentasi sempadan untuk mempersembahkan lagu cinta abadi mereka walaupun berusia 50-an dan 60-an.

Bersandarkan status emas dan platinum yang diperoleh di banyak negara, muzik Michael Learns To Rock masih dimainkan secara meluas di udara melalui platform penstriman dan yang paling penting pada masa yang sama membawa orang ramai bersatu, merentas masa dan demografi.

Tiket di jual pada harga RM968 (Zon MLTR), RM788 (VIP), RM668 (PS1), RM468 (PS2), RM268 (PS3) dan RM188 (PS4),
tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.

Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 31 Julai, 12 tengah hari, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah
hari melalui mmic.bigtix.io, rwgenting.com dan my.bookmyshow.com.

Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk pembelian tiket Zon MLTR dan VIP seperti berikut:


•Zon MLTR – RM968
(Faedah Peminat: Light Stick Eksklusif, Tag MLTR dan Gelang Tangan, Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah,
Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah).

•VIP–RM788(Faedah Peminat:Light Stick,Foto Berkumpulan (3:5)untuk 20 pemenang bertuah).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This