Asmaa al-Beltagy, pengantin yang berkahwin dengan “SYAHID”.

Dari Penulis

14 Ogos 2013 tercatat sejarah besar bagi bumi Mesir apabila berlaku pembunuhan berdarah di Dataran Rabaa al-Adawiya apabila berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera dari Presiden Dr. Mohamad Morsi yang dipilih melalui proses demokrasi.

Rampasan kuasa itu membuatkan rakyat pro-Morsi bangkit menentang kekejaman ini yang diketuai oleh Janeral Abdul Fattah As-sissi. Manakala dua dataran yang menjadi kem utama pengumpulan penyokong pro-Morsi terletak di pinggir Kota Kaherah itu diserang bertubi –tubi oleh pihak penguasa Mesir. Ini menjadikan dataran itu medan pertempuran antara penyokong pro-Morsi dengan pihak tentera.

Pada hari itu sahaja 525 orang terbunuh termasuk seorang remaja perempuan.

Asmaa el-Beltagi, anak perempuan tunggal kepada Dr. Mohd al-Beltagy, Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin yang pintar dan mempunyai cita-cita yang tinggi dalam hidup.

Berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di sekolah perubatan dan menyertai aktiviti bantuan global, termasuk misi kemanusiaan, Freedom Flotilla dengan menaiki Mavi Marmara bersama bapanya.

Walaupun usianya masih mentah, tapi perbuatan dan pemikirannya seperti orang dewasa yang matang. Asmaa adalah antara insan yang kehadapan bersama-sama membela nasib semua ahli Ikhwan Muslimin termasuk ayahnya.

Gadis berusia 17 tahun ini tidak teragak-agak untuk bersama-sama kaum muslimin yang lain berarak melakukan demonstrasi aman di lapangan Rabia al-Adawia. Semangat dan jihad yang ditunjukkan itu turut menaikkan semangat rakannya untuk turut serta dalam demonstrasi aman itu. Bagi Asmaa rakyat akan kembali menderita jika tentera kembali memerintah negara.

Asmaa bukan sahaja menyertai demonstrasi aman yang melibatkan Ikhwanul Muslimin, tetapi demonstrasi lain juga semenjak Revolusi yang berlaku Januari 2011. Asmaa merasakan ini adalah semangat yang perlu ditunjukkan untuk menentang kezaliman.

Tapi penglibatan Asma di medan peperangan itu bukannya terjerit-jerit menghambur kata-kata kesat tetapi melaungkan kata-kata semangat dan jihad. Bahkan penglibatannya dalam demonstrasi aman itu bertujuan untuk membantu ibunya merawat rakyat Mesir yang cedera ditembak membabi buta oleh pihak penguasa sementara Mesir.

Dia setia di sisi ibunya membantu merawat luka orang yang tercedera sehingga dia sendiri yang terbunuh akibat tembakan tepat di dadanya.

Hancur tulang rangka  

Tengahari itu menjadi detik berdarah apabila pihak berkuasa kerajaan sementara bertindak menyerbu dua kem penunjuk perasaan yang mengakibatkan 525 orang terbunuh termasuk Asmaa.

Dalam pada dia sibuk membantu ibunya merawat mereka yang terluka, di mulutnya tidak putus-putus melaungkan kata-kata semangat.

“Jangan berganjak! Kemenangan akan berpihak kepada kita tidak lama lagi. Jangan biarkan tentera menamatkan revolusi ini,”

Asmaa juga dilihat bersungguh-sungguh mengutip batu-bata yang digunakan oleh saudaranya untuk membina sekatan di dataran tersebut. Al-Quran sentiasa disisinya.

Pada masa yang sama, penyusunan semula tugas yang dibuat oleh penganjur menjadikan dataran itu sedikit huru-hara. Jadi penembak tepat tanpa melengahkan masa lagi mensasarkan tepat senjata api dari jauh ke arah Asmaa.

Tembakan itu tepat mengena dada dan belakang Asmaa. Dia jatuh rebah serta-merta berdekatan podium dataran itu dengan berlumuran darah.

Dalam akta kematian yang dilihat wartawan The Telegraph, Asma dikatakan ditembak mati pada bahagian dada, tulang rangkanya hancur dan kaki kirinya remuk. Abang Asma, Anas el-Beltagi juga mengakui tentang hal itu.

Disaat mereka menemukan Asmaa, dia terbaring dengan berlumuran darah di dataran itu.  Anas yang turut menjumpai adik perempuannya itu segera membawa ke hospital. Lama Asmaa bertahan tetapi ajal lebih mendahului apabila dia gagal untuk menjalani pemindahan darah dan meninggal pada jam 1 petang.

Semua orang menangisi pemergian seorang gadis solehah yang tinggi semangat perjuangannya. Dan insan yang lebih sedih adalah bapanya yang tidak sempat untuk mengimamkan jenazah permata hatinya. Beberapa hari sebelum Asmaa ditembak mati, dia ada bermimpi tentang anaknya Asmaa.

Dr. al-Beltagy memberitahu isterinya, mimpinya menjadi kenyataan apabila malam sebelum Asmaa ditembak, dia nampak Asmaa berpakaian pengantin dan bertanya tentang itu kepada anak perempuannya.

“Adakah hari ini perkahwinanmu?”

“Ya! waktu tengahari,”

Rupanya, itulah ‘hari perkahwinan’ Asmaa. Dia berkahwin dengan ‘syahid’. Ada juga yang berkata Asmaa turut berpuasa pada hari itu, jadinya dia berbuka di syurga, insyallah!

Walaupun hubungan antara dua beranak ini rapat, tetapi si ayah tidak dapat untuk menyempurnakan jenazah anak perempuan kesayangannya yang diadakan di Masjid as-Salam di Bandar Nasr Mesir, disebabkan ayahnya perlu lari bersembunyi dari ditangkap oleh pihak pemerintah sementara yang kejam.

Abang Asmaa, Ammar el-Beltagi mengimamkan solat jenazah yang terakhir dan ibu Asmaa tidak putus melaungkan,

“Bebaskan revolusi, kita perlu teruskan perjuangan.”

Status terakhir di Facebooknya seolah memberitahu ini adalah yang terakhir.

“Mereka membunuh kita di saat kita sedang rukuk dan sujud. Berdoalah wahai hamba Allah, semoga akan datang pasukan sokongan seperti ombak di lautan”.

Mesej di Twitter juga memberikan seribu makna.

“Ya Allah! kami tiada sesiapa melainkan Mu, Ya Allah”.

______________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This