TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran kekhilafan sewaktu menyampaikan pidato pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.
Dalam hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata, beliau hadir bersama ribuan rakyat Malaysia dalam himpunan tersebut bagi memberi dukungan dan tanda solidariti untuk pembebasan Palestin.
“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.
“Namun, hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin! Allahu Akbar,” katanya dalam hantaran tersebut.
Berdasarkan beberapa klip video tular di media sosial, Ahmad Zahid dilihat tersasul melaungkan ‘hidup Israel’ ketika berpidato.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, kehadirannya dalam perhimpunan tersebut sebagai menunjukkan rasa cinta terhadap keamanan dan kedamaian.
Baca artikel lain: Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin
Pada masa sama, kata beliau, ia juga menunjukkan penolakan keras terhadap penindasan serta kezaliman manusiawi.
“Malam ini (tadi) juga kami berkumpul bagi memperingati as-syahid al mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam.
“Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur, ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” katanya.
Himpunan Pembebasan Palestin semalam dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama jemaah Kabinet, perwakilan asing dan lebih 15,000 rakyat Malaysia serta warga asing bagi menyatakan sokongan dan solidariti kepada perjuangan serta pembebasan Palestin daripada kekejaman rejim Israel.
Perhimpunan itu juga sebagai penegasan bahawa Malaysia mengecam keras pembunuhan Ismail Haniyeh pada 31 Julai lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

