PEMAIN perseorangan badminton Lee Zii Jia membawa satu lagi berita gembira kepada rakyat Malaysia apabila merangkul pingat gangsa kedua negara selepas berjaya menewaskan pemain India, Lakshya Sen dalam aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Paris hari ini.
Selepas Malaysia berjaya mendapat gangsa pertama melalui Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam perlawanan penuh mendebarkan semalam, Zii Jia mengulangi kecemerlangan beregu utama negara tersebut dengan mata 13-21, 21-16 dan 21-11.
Zii Jia yang bermula agak perlahan dan melakukan beberapa serangan gagal untuk melakukan penguasaan gelanggan yang baik dan seterusnya ditewaskan di set pertama dengan 13 -21.

Pemain kelahiran Kedah itu kemudiannya berjaya mendapat ritma dan kembali bangkit di set kedua dengan mendapat mata 21 – 16 untuk mengheret permainan ke set penentuan di gelanggang Arena De Chapelle, Paris.
Di dalam set ketiga, Zii Jia terus menguasai permainan dengan baik dengan mendahului pemain lawan 11-6 ketika rehat interval dan seterusnya meneruskan rentak kemenangan berganda kepada skuad badminton negara dengan menamatkan mata kemenangan 21-11.
- Dalam temubual bersama media selepas kemenangan itu, Zii Jia yang menangis menyambut kegembiraannya melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menyumbangkan pingat gangsa walaupun matlamat asal adalah pingat yang lebih tinggi.
- “Kemenangan ini juga membuktikan yang keputusan saya untuk menyertai karier profesional tidak salah kerana sejak tiga tahun lepas saya sering mendapat pelbagai berita kurang enak setiap kali membacarnya di media,” katanya.
- Zii Jia bagaimanapun menyatakan kemenangan membawa pulang pingat gangsa untuk Malaysia ini memberikannya semangat baharu dan seterusnya meletakkan sasaran merangkul emas pada Sukan Olimpik di Los Angeles selepas ini.

Pemain ranking ketujuh dunia tersebut terlepas peluang untuk menukar warna pingat ke emas atau perak kali ini, selepas tewas kepada pemain dari Thailand, Juara dunia, Kunlavut Vitidsam dalam perlawanan separuh akhir.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

