Cubre Mi fail saman terhadap bekas ejen, didakwa fitnah di media sosial

Dari Penulis

Syarikat kosmetik Cubre Mi Sdn. Bhd. (Cubre Mi) memfailkan saman terhadap seorang bekas ejen berhubung dakwaan memfitnah syarikat berkenaan menerusi beberapa hantaran di platform media sosial pada April lalu.

Peguam Datuk Adnan Seman berkata, anak guamnya, Pengasas Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan  memfailkan saman tersebut pada 24 Jun 2024 berhubung hantaran yang diterbitkan defendan yang merupakan ketua ejen ketika itu adalah fitnah dan memberikan imej buruk terhadap reputasi dan imej anak guamnya.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 20 Ogos ini sebagai tarikh pengurusan kes.

“Saman adalah berkaitan penerbitan kenyataan defendan pada 18 April 2024 di Facebook. Ia berkaitan penjualan produk-produk oleh ibu pejabat (Cubre Mi) yang didakwa menganiayanya.

“Dalam hantaran itu plaintif mendakwa telah dianiaya apabila ibu pejabat menjual (produk) pada harga lebih rendah berbanding harga runcit. Pihak yang disaman juga telah memfailkan pembelaan mereka,” katanya pada satu sidang media di Bangi dekat sini hari ini.

Menurut Adnan, anak guamnya mendakwa produk yang dijual pada harga rendah berbanding pasaran itu merupakan produk yang mempunyai kecacatan pada bungkusan atau hampir tamat tarikh luput.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

BUDI Diesel: 700,000 pemilik kenderaan nikmati diesel RM2.10 seliter mulai hari ini

SERAMAI 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai hari...

More Articles Like This