“Abang tak tunjuk perilaku pelik sebelum hilang” – Aufahanie masih tunggu ‘update’, teman wanita abang kesan lokasi terakhir di Sungai Klang

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Aufahanie dan keluarga tidak putus harapan dan terus mencari abangnya iaitu Nidza Afham akan ditemui dengan selamat selepas dilaporkan hilang sejak malam tadi.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokthar,21, berkata, abangnya tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik sebelum tidak pulang ke rumah.

“Setiap hari saya akan berbual dengan abang. Kami selalu hantar video lucu di aplikasi TikTok.

“Dia pun tak pernah tunjuk sebarang perilaku pelik. Dia okay sahaja.

“Kami masih menunggu pihak berkuasa dan berusaha untuk terus mencari abang di sekitar Klang,” katanya kepada URTV.

ARTIKEL BERKAITAN: https://utusantv.com/2024/08/14/abang-penyanyi-aufahanie-hilang-keluarga-temui-dompet-telefon-bimbit-di-jambatan-sungai-klang/?swcfpc=1

Terdahulu, Aufa ada berkongsi berita kehilangan Afham di media sosialnya.

Kongsi Aufa lagi, keluarga mula menyedari Afham hilang selepas teman wanita abangnya itu memberitahu dia gagal dihubunginya.

“Abang pergi joging dan di ada ‘update’ dengan teman wanitanya bahawa dia sudah sampai di stadium.

“Sekitar pukul 9 malam, dia tak balas mesej dan teman wanitanya iaitu Mira cuba mengesan lokasi telefon bimbit abang.

“Lokasi terakhir abang di Jambatan Sungai Klang. Kemudian, ibu dan adik ke lokasi terbabit untuk mencari,” ujarnya.

Ibu dan adiknya turut dibantu oleh dua orang owam yang kebetulan berada di lokasi sebelum menemui dompet dan telefon bimbit milik abangnya.

“Kad bank dan wang tunai tiada dalam dompet abang. Tapi tak pastilah sebelum kehilangan abang, memang tiada wang tunai atau tidak dalam dompet tersebut.

“Buat masa ini, kami masih menunggu ‘update’ daripada pihak polis,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This