Nenggiri: Muhyiddin yakin PN boleh menang, tapi jangan ‘over-confident’

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan gabungan itu supaya tidak ‘over-confident’ meskipun calonnya, Mohd Riswandi mempunyai peluang memenangi kerusi DUN Nenggiri pada pilihan raya kecil (PRK), 17 Ogos ini.

Katanya, kempen yang berbaki tiga hari lagi merupakan tempoh kritikal bagi mengetahui arah sokongan pengundi dalam menentukan calon pilihan mereka.

“Saya yakin (boleh menang) tapi dalam PRK kita jangan terlalu ‘over confident’, berbaki tiga hari ini agak kritikal untuk menentukan arah mana, termasuk pengundi luar.

“Saya merayu, memohon pengundi luar sana untuk balik ke kampung masing-masing mengundi pada 17 Ogos.

“Walaupun sokongan agak baik tapi kalau mereka tidak pulang maka peratusan merosot, ia memberi satu masalah nanti,” katanya ketika ditemui selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, memetik laporan Malaysiakini.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan PAS yang diwakili Rizwadi.

Seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi akan menentukan wakil rakyat baru kawasan itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi Abu Naim menang kerusi itu dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata sambutan diterima amat baik, malah ada beberapa perubahan apabila parti itu dapat memasuki kawasan Orang Asli.

“Sambutan dari pengundi yang ada di Nenggiri alhamdulillah sangat memberangsangka.

“Malahan sesetengah kawasan yang kita tak boleh tembusi termasuk kawasan Orang Asal (Asli), mereka sedang mengalukan kehadiran kita dan kita telah mengadakan beberapa program di sana,” katanya lagi.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This