Curi barang kemas: Pembantu peribadi pelakon wanita ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG pembantu peribadi kepada pelakon wanita tanah air ditahan selepas dipercayai mencuri barangan kemas dan wang tunai di sebuah kediaman dekat Taman Cempaka, Ampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, pengadu telah menyedari rantai emas miliknya tiada dalam simpanan pada 26 Jun lalu.

Beliau berkata, pengadu telah bertanya kepada kepada pembantu peribadinya namun suspek menafikan telah mengambil rantai emas milik pelakon tersebut.

“Pengadu telah membuat pemeriksaan lanjut dan mendapati dua bentuk gelang emas dan seutas rantai emas milik anak telah tiada di dalam beg tangan.

“Pengadu mengesyaki suspek telah mencuri barang-barang tersebut.

“Malah, pengadu juga pernah kehilangan wang tunai sebanyak RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek seorang wanita Melayu telah ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak kelmarin.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang dan dibenarkan reman sehingga Ahad.

Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This