Dan tak ada suatu pun melainkan tasbih dengan memuji-Nya tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka

Dari Penulis

Di dalam tafsir Mubin, dijelaskan bahawa alam ini sentiasa bertasbih memuji kebesaran dan keagungan Allah mengikut fitrah masing-masing.

Menurut Sayyid Qutb, denyut jantung dapat merasakan bahawa setiap batu kerikil, biji benih, kuntum bunga dan seluruh isi alam juga langit semuanya bertasbih dan menghadapkan mukanya kepada Allah. Semua mengingati Allah ketika manusia lupa dan alpa serta tenggelam di dalam kealpaannya.

Agensi berita Tariq pernah melaporkan bahawa sekumpulan saintis Amerika Syarikat telah berjaya menemui bahawa sesetengah tumbuhan tropika mengeluarkan gelombang ultrasonik yang telah berjaya dirakamkan menerusi getaran.

Selepas tiga tahun penyelidikan dan kajian dilakukan untuk menterjemahkan gelombang ultrasonik dan getaran itu hingga ia bertukar menjadi gelombang elektrik yang boleh dilihat. Gelombang cahaya elektrik itu sentiasa aktif dan berulang-ulang 100 kali setiap saat.

Apa yang sedang terjadi sebenarnya tidak mampu dijawab walaupun setelah dikongsi dengan saintis dari Britain. Fenomena apa yang sedang berlaku tidak ada jawapan yang pasti, adakah itu bermakna tumbuh-tumbuhan itu sedang berbicara atau membisikkan sesuatu.

Kebuntuan itu dipecahkan oleh seorang saintis Islam dari India yang turut serta di dalam penyelidikan itu. Dia cuba menerangkan fenomena itu dengan mengaitkannya dengan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Isra’ ayat 44, “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih kepada Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan  memuji-Nya akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.”

Sekali lagi apabila nama Allah yang maha berbesar disebut, frekuensi ultrasound bertukar menjadi cahaya elektrik dan terpapar di skrin peralatan yang merakamkan gelombang pokok-pokok itu.

Sejak itu saintis percaya bahawa tumbuh-tumbuhan boleh mengeluarkan bunyi akustik. Mereka berjaya membuktikan bahawa sel di dalam setiap DNA bergetar dan menghasilkan bunyi yang tidak difahami oleh manusia. Namun bunyi itu boleh dirakamkan dan diukur dengan tepat dengan peralatan canggih. Bunyi itulah yang ditafsirkan sebagai tasbih kepada Allah, manusia boleh mendengarnya tetapi tidak mengerti.

Di dalam tafsir Ibn katsir sewaktu mentafsirkan surah An-Nur ayat 41 : “ Tidak kamu tahu bahawasanya Allah: kepadaNya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan juga burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui cara solat dan tasbihnya dan Allah mengetahui apa  yang mereka kerjakan.”

Pada ayat itu Allah memberitahu bahawa semua makhluk  yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadaNya.  Ia termasuklah malaikat, manusia , jin, haiwan, pokok-pokok bahkan benda yang mati sekali pun.

Pada ayat, “Dan (juga) dengan mengembangkan sayapnya” – Dijelaskan oleh Ibn Katsir sebagai ketika sedang terbang pun burung-burung sentiasa bertasbih kepada Allah.

Ia beribadat dan bertasbih kepada Allah dengan cara yang diilhamkan dan diajarkan oleh Allah kepadanya.  Padanya telah Allah ajarkan etika dan cara beribadat kepada Allah. Lantaran itulah Allah berfirman, “Masing-masing telah mengetahui solat dan tasbihnya.

Hal yang sama juga sudah diberi penjelasan di dalam surah Al-Israa ayat 44,  “Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan tasbih dengan memuji-Nya tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha penyantun lagi Maha Pengampun.”

Tidak ada satu pun makhluk yang ada di bumi dan di langit kecuali semuanya bertasbih kepada Allah dengan memujinya. Cuma tasbih itu tidak difahami oleh manusia keran bahasa mereka berbeza dengan bahasa makhluk lain.  Keadaan itu biasanya terjadi pada binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan benda-benda mati.

Di dalam shahih Bukhari dari Ibnu Masud bahawa dia berkata, “Dahulu kami pernah mendengar tasbih makanan ketika sedang dimakan.”

Imam Ahmad meriwayatkan dari Mu’adz bin Anas dari Rasulullah beliau pernah mendatangi satu kaum ketika mereka sedang berdiri di atas tunggangan  dan kenderaan mereka.

Lalu baginda berkata, “Tunggangilah dengan selamat dan (jika tidak ditunggangi) biarkanlah tunggangan itu dengan selamat pula dan janganlah tunggangan-tunggangan itu dengan itu kamu jadikan kerusi untuk kamu bersembang di jalan-jalan dan di pasar-pasar. Tidak sedikit pun haiwan yang ditunggangi itu lebih baik dari penunggangnya dan lebih banyak berzikir kepada Allah darinya.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

‘Di dasar laut, saya menemui kebesaran Allah’ – Afizah 

"Saya sangka dasar laut hanya dipenuhi ikan dan batu karang. Rupa-rupanya, di situlah saya belajar erti kehidupan." Luah Pengasas Mikraj...

More Articles Like This