Jarang sekali kita menikmati pizza berasaskan pisang. Sebenarnya boleh aje, kita pelbagaikan resipi pizza. Ikutlah cita rasa, asalkan ia menepati selera. Selain dari pisang montel, pisang berangan atau emas pun boleh digunakan. Resipi ini dikongsi oleh follower Saji, Maz Abdullah dari Pulau Pinang.
PIZZA PISANG KAYA PANDAN
BAHAN
2 biji pisang montel/berangan/emas – hiris
1¼ cawan tepung roti
½ cawan air suam
½ sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula
1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
¼ sudu kecil garam
Sedikit kaya pandan
Sedikit keju mozarella
CARA PENYEDIAAN
- Di dalam mangkuk, satukan air suam, yis dan gula, kacau dengan garpu biar larut sedikit.
- Masukkan minyak zaitun, tepung dan garam sambil dikacau dengan garpu ikut putaran jam, kemudian uli dengan tangan selama 5-7 minit sehingga doh lembut.
- Tutup mangkuk dengan plastik atau tuala dapur. Perap selama 30-35 minit atau biar naik sekali ganda.
- Keluarkan doh, tumbuk-tumbuk doh lalu canai bentuk bulat nipis. Letak doh di atas loyang pizza yang ditabur dengan sedikit tepung.
- Kemudian sapukan permukaan doh pizza dengan kaya pandan, susun hirisan pisang dan diikuti dengan taburan keju mozarella.
- Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-18 minit pada suhu 180°C sehingga masak atau sedikit keperangan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

