Program School Attack, Cucur Jiwa Merdeka Tarik Minat Pelajar Menghayati Semangat Kemerdekaan Sekaligus Mengukuhkan Jenama Adabi Buat Generasi Baru

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-40, ADABI memperkenalkan Program School Attack bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mengenali lebih dekat dengan Adabi.

Kanak-Kanak Yang Memenangi Peraduan Melukis Bersama Pengurus Pemasaran Adabi, Azizi Amad dan Pengarah Cemerlang Hajah Majmin Md Noor (Kanan Sekali)

Bertepatan dengan tagline ‘Adabi Sentiasa di Hati, Dari Generasi Ke Generasi’, kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara sekolah dan Adabi.

Pemenang Pertunjukan Fesyen (Rekacipta Pakaian Berkonsepkan Bahan Terbuang & Bungkusan Produk Adabi)

Sempena bulan Merdeka kali ini, Adabi memilih Kvet Kolej Vokalsional ERT Setapak untuk berkongsi semangat patriotik, dengan mengangkat semangat kemerdekaan menerusi kempen School Attack, bertemakan Cucur Jiwa Merdeka.

Pelbagai aktiviti dan promosi diadakan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung antaranya pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertunjukan fesyen, menghias jalur gemilang dan memasak bubur Asyura.

Proses Membuat Bubur Asyura menggunakan Santan Adabi.

Pemilihan Tepung Cucur Adabi menerusi kempen ini amat bertepatan, ini kerana ia merupakan jenama nombor satu cucur di pasaran dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Malah kanak-kanak mahu pun golongan muda menjadikan Cucur Adabi sebagai snek kegemaran.

Menurut Pengurus Produk Kategori Tepung, Nazirah Roslan objektif program ini untuk memupuk minat anak muda hari ini, tentang keistimewaan jenama Adabi agar terus kukuh turun-temurun kekal dari satu generasi sehingga ke generasi baru.

Sepanjang tahun 2024 ini, sebanyak 7 buah sekolah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur telah berkolaborasi dengan Adabi menjayakan kempen School Attack ini.

Binaan Jalur Gemilang dari bungkusan Cucur Adabi. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rata-rata pelajar dan guru menzahirkan perasaan teruja dan seronok mengikuti kempen Cucur Jiwa Merdeka ini, terutamanya dalam penyediaan pelbagai masakan berasaskan produk Adabi.

Adabi adalah jenama yang amat dikenali, dalam menghasilkan produk makanan berkualiti, halal dan bermutu tinggi sejak tahun 1984 sehingga ke hari ini.

Adabi telah menghasilkan lebih daripada 284 produk dengan pelbagai kategori di bawah Adabi Consumer Industries Sdn Bhd dan Adabi Trading House Sdn Bhd.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This