SUDAH menjadi sebuah empayar yang cukup dikenali, Hausboom yang ditubuhkan sejak 2016 telah menjadi pujaan penggemar muzik apabila jenama tersohor ini berjaya ‘menikahkan’ bisnes dengan dunia hiburan khususnya muzik.
Bermula dengan penganjuran gig secara kecil-kecilan pada 2017, Hausboom bakal menggegarkan dunia muzik tempatan dengan penganjuran acara yang lebih gah dan besar iaitu Hausboom Music Festival 2024.
Bakal berlangsung di KL Base pada tanggal 5 dan 6 Oktober depan, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai “John Lemon” selaku Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom menyifatkan sudah tiba masanya dia melihat jenama Hausboom Music bukan hanya sekadar sebuah konsert tetapi festival yang perlu diraikan dalam piawaian sewajarnya.
Hausboom Music Festival 2024 bakal menghimpunkan 32 artis dari Malaysia dan Indonesia yang kebanyakannya telah dipilih melalui undian di platform media sosial Hausboom sendiri dan sememangnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap peminat mereka.
Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah legenda seperti kumpulan Wings, Ruffedge, Datuk Zainal Abidin dan Datuk Seri Siti Nurhaliza Diikuti oleh band serta penyanyi seperti Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor dan digilai ramai.

Selain itu, kumpulan dari Indonesia iaitu Payung Teduh dan The Changcuters akan menjadi wakil dari republik tersebut untuk sama-sama memeriahkan festival ini.
Selain konsert sebagai acara utama, Hausboom bakal menganjurkan Hausboom Lokal Fest, sebuah acara dimana terdapat 110 peniaga-peniaga lokal yang merangkumi 40 jenama “streetwear” terkenal di Malaysia termasuk SVG, Hikari, Tntco, The Capcity, Asly, Homebois dan 40 “thrift stores” yang bakal dihimpun pada hari tersebut.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memartabatkan jenama- jenama lokal, “streetwear” Malaysia dimana kebanyakan daripada mereka pernah berkolaborasi bersama Hausboom selama ini.
“Diharapkan penganjuran tahun pertama Hausboom Lokal Fest ini dapat menjadi platform untuk jenama-jenama ini mencerminkan kekayaan budaya Malaysia yang disulami gaya kontemporari ‘urban’ masa kini,” katanya.

Sebagai penarik kepada Hausboom Lokal Fest ini, Hausboom juga bakal memperkenalkan 100,000 Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad Hausboom Lokal Fest pada acara tersebut.
Label pada botol edisi terhad itu merupakan kolaborasi dengan lima jenama tempatan yang terkenal dalam industri jenama fesyen lokal seperti SVG, Hikari Riders, Asly dan The Capcity. Bagi label edisi terhad ini, pembeli dapat jugak mengimbas kod qr bagi memenangi hadiah-hadiah menarik yang bakal diumumkan dari jenama-jenama tersebut.
Bagi melengkapkan pengalaman para pengunjung di Hausboom Music Festival 2024, mereka bakal disajikan dengan kemeriahan jualan makanan oleh 30 peniaga makanan seperti Kampong Kravers, Muiz Hot Chicken, Grill Haven, Beard Brothers, Roti Wap dan lain-lain peniaga makanan tempatan yang terkenal.
“Kepelbagaian penyatuan muzik dan bisnes lokal ini juga merupakan antara sebab kami memiliih tema “Colours of Life” dimana ia bakal memberikan pengalaman luar biasa bukan hanya dari sudut muzik tetapi keseluruhan festival kepada pengunjung kelak,” ujar Azri lagi.
Seperti tahun yang sebelumnya, Hausboom juga telah mengeluarkan 300,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024. Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah terkumpul berjumlah RM400,000 yang terdiri daripada:
- Hadiah berbentuk wang tunai
- Tiket- tiket VVIP yang berjumlah RM1,200 untuk sekeping tiket
- Barangan rasmi Hausboom Music Festival 2024
- T-shirt rasmi edisi terhad konsert Hausboom Music 2024
Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi Hausboom Music Festival 2024 ini boleh didapati di kedai rangkaian terkemuka iaitu 7 Eleven Malaysia, stesen minyak di seluruh Malaysia- Petronas, Shell, Petron, BHP dan pasaraya besar seperti Aeon, Aeon Big dan kedai- kedai lain yang turut serta.
Maklumat Tiket: Jualan tiket untuk Hausboom Music Festival 2024 kini telah dibuka. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival unik ini!
Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hbm2024 dan akan layak untuk memasuki kedua-dua Hausboom Music Festival 2024 & Hausboom Lokal Fest 2024.
Manakala tiket untuk Hausboom Lokal Fest 2024 akan tersedia pada 1 September 2024 . Kemasukan Umum: RM15
Tiket boleh dibeli dalam talian di https://sayalive.io/hlf2024 kemudian dan hanya akan layak untuk memasuki Hausboom Lokal Fest 2024.
Had Umur: Hausboom Music Festival 2024 mempunyai polisi had umur. Semua peserta dan pengunjung mesti berumur 16 tahun atau lebih pada hari acara. Tiada pengecualian akan diberikan. Walau bagaimanapun, Hausboom Lokal Fest terbuka kepada pengunjung dari semua peringkat umur, memastikan bahawa semua orang dapat menikmati perayaan budaya yang meriah ini.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

