Ekoran kekecohan, acara silat SUKMA diteruskan tanpa penonton

Dari Penulis

SUSULAN insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang, saingan acara silat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton pada esok dan Jumaat.

Ketua Delegasi Teknikal sukan silat Kamarul Ariffin A.Latib berkata keputusan itu dicapai selepas satu mesyuarat antara pihak berkuasa dan pengurus pasukan yang berlangsung hampir dua jam, petang tadi.

“Untuk keselamatan semua, keputusannya ialah kita tidak akan membenarkan semua penonton atau pasukan untuk hadir menyaksikan sukan silat esok hingga hari akhir 23 Ogos ini (Jumaat).

“Hanya yang mempunyai pas masuk petugas akan dibenarkan seperti pasukan perubatan, petugas media dan akan dipantau pihak keselamatan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di sini hari ini.

Acara Putri Kelas 45 kilogram (kg) ke bawah antara pesilat Sarawak Iman Syakilla Mahdi dan pesilat Wilayah Persekutuan Nurin Alyaa Damia Mohd Masran petang tadi dicemari insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang.

Beliau berkata pesilat kesemua pasukan juga akan diasingkan bagi mengelak insiden tidak diingini berulang.

Kamarul Ariffin berkata pihaknya turut mengambil keputusan memberhentikan perlawanan hari ini berikutan pelayan sistem pemarkahan pertandingan mengalami kerosakan dan akan diperbaiki malam ini.

“Apa sahaja perlawanan tergendala tadi akan bersambung esok pagi,” katanya.

Terdahulu, perlawanan antara kedua-dua pesilat menjadi hangat selepas Nurin berjaya mendahului semula pesilat tuan rumah dengan kiraan mata 70 berbalas 65.

Insiden itu difahamkan bersangkut paut dengan sistem pemarkahan dipapar di skrin sekali gus menimbulkan ketidakpuasan hati penonton.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This