Dakwah boleh pelbagai cara termasuk ‘skinhead’, Taiyuddin Bakar bersama Uncure anjur showcase untuk Palestin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan penyanyi Taiyuddin Bakar tidak bersetuju dengan pendapat segelintir pihak yang mengatakan ilmu dakwah sukar disebar luas dalam medium hiburan.

Ujar Taiyuddin atau Tai yang kini merupakan vokalis kumpulan Uncure, dakwah boleh disampaikan dalam pelbagai cara asalkan pengisian tersebut tepat berlandaskan hukum Islam.

Mengambil contoh budaya skinhead yang menjadi aliran utama genre muzik Uncure, biarpun karya agak ‘keras’ namun ciptaan lagu mereka semuanya mengenai dakwah ke arah kebaikan.

“Skinhead dan dakwah sebenarnya boleh saja jalan seiring. Kita umat dakwah yang mengajak manusia ke arah kebaikan sekaligus dekat dengan Allah.

“Bukan semua skinhead negatif tapi banyak juga yang positif. Cara kita ialah nak ajak semua masyarakat ikut ajaran Islam.

“Walaupun kita tak solat tapi sebaik saja azan berkumandang, bila kita ajak semua solat, itu pun dah dikira dakwah kecil,” katanya kepada URTV.

Tambah Tai lagi, dia turut berpendapat bahawa golongan skinhead yang memilih jalan dakwah adalah lebih baik berbanding masyarakat biasa yang tidak berada di landasan berkenaan.

Tai berkongsi perkara tersebut ketika di temui di majlis sidang media showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan di Garage Space, Ampang Hilir.

Tai turut diumumkan selaku vokalis baharu bagi kumpulan muzik underground, Uncure yang membawakan genre Rock, Oi!,  Ska dan Punk.

Sebelum terjun ke bidang lakonan, Tai sebenarnya merupakan penyanyi band underground Innocent dan pernah hits menerusi single Kita Juara.

“Semuanya bermula ketika saya menghadiri persembahan terakhir mereka (Uncure) sebelum Perintah Kawalan Pergerakan. Dalam persembahan itu saya diundang naik ke pentas untuk menyanyikan sebuah lagu bersama Uncure.

“Selepas saya memuat naik video persembahan itu dalam akaun media sosial, ramai yang terkejut tetapi menerimanya dengan sangat positif. Penghujung tahun lalu saya ditawarkan untuk menjadi vokalis tetap mereka,” kongsinya.

Menurut Tai, dia menerima tawaran menyertai band Uncure kerana percaya dengan kekuatan karya-karya Anaz yang cukup popular dalam scene underground selain mengambil peluang untuk menonjolkan sisi berbezanya kepada peminat.

“Selepas sekian lama hanya bermain dalam scene underground kini kami cuba untuk keluar dari kepompong. Selain masih kekal bersama kelompok peminat kami, band Uncure cuba untuk melebarkan sayap ke industri muzik mainstream.

“Kami semua bukan muda lagi, jadi saya mahu beri sehabis baik dan lihat berapa jauh band Uncure boleh pergi. 

“Mungkin dengan cara ini kami akan menerima peminat yang baharu. Kami juga bersedia dengan apa jua respon yang bakal kami terima tapi yang lebih penting adalah karya kami dapat dikongsi kepada khalayak serta berharap agar ada manfaat disebaliknya,” katanya.

Bercakap mengenai showcase Uncure Palestin: Hak Yang Dinafikan, Tai dan ahli Uncure yang lain bersetuju untuk menyerahkan 100 peratus hasil keuntungan jualan tiket kepada pihak Kedutaan Palestin bagi membantu saudara Islam di negara bergolak itu.

“Insya-Allah, selepas ditolak segala kos dan sebagainya, hasil keuntungan showcase itu nanti kami akan serahkan untuk bantu penduduk Gaza di Palestin.

“Kami ingin beritahu yang kita punyai suara terhadap isu Palestin. Malah, kami berharap agar lagu-lagu kami dapat terus menyalakan semangat orang-orang yang ingin bersolidariti.

“Kami juga menyasarkan kepada mereka yang masih belum berbuat apa-apa. Walaupun ada yang merasakan jika mereka bersolidariti tidak akan berikan impak, kami ingin ingatkan, walaupun satu jari diangkat untuk bersolidariti, itu sudah cukup bermakna,” luahnya.

Selain Tai, Uncure dianggotai oleh Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).

Showcase berkenaan dianjurkan oleh Onz Management dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Muallaf.

Untuk rekod, band Uncure telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan popular dalam scene underground tempatan. Sepanjang 28 tahun ditubuhkan band ini telah beberapa kali menukar anggota termasuk vokalisnya. 

Dalam pada itu, showcase ini turut diadakan sempena pelancaran EP berjudul Hak Yang Dinafikan, yang telah dilancarkan di semua platform digital pada 17 Julai lalu. Antara lagu yang terkandung dalam EP tersebut adalah, Palestin Hak Yang Dinafikan, Bengang, Bersama Selamanya, Bersatu dan Oh MakCik.

Mengikut perancangan dalam persembahan berdurasi dua jam setengah bermula pukul  8.45 malam  itu, band Uncure akan mendendangkan 10 buah lagu beserta selingan persembahan oleh DJ Soul Boss.

Sungguhpun begitu penonton boleh berada di Warisan Hall Studio, Teluk Panglima Garang, Selangor seawal pukul 5 petang untuk mengikut aktiviti solidariti yang diadakan sebelum showcase bermula.

Tiket-tiket berharga RM89 (early bird) dan RM100 selepas 25 Ogos 2024 boleh dibeli secara terus menerusi akaun media sosial rasmi band Uncure iaitu Uncure_kugiran (Facebook/Instagram/Youtube) dan Uncure (TikTok) atau hubungi talian, 013 361 6440 – Rara


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This