PALESTIN terus menyatakan penghargaan terhadap Malaysia atas segala kebaikan yang telah diberikan sebelum ini.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa memberikan sokongan kepada Palestin.
Pada pertemuan itu juga, Zulkifli dan Jehad turut berbincang tentang pendidikan termasuk bantuan kemanusiaan yang boleh disalurkan kepada negara tersebut.
“Menerima kunjungan hormat TYT Jehad Fouad Alqdra, Duta Besar Palestin ke Malaysia.
“Kami berbincang mengenai beberapa perkara merangkumi aspek hal ehwal agama, halal, pendidikan dan bantuan kemanusiaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

