“TOLONG selamatkan ibu saya,” itu rintihan anak lelaki sulung wanita warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, pagi semalam sebaik tiba di lokasi kejadian.
Difahamkan, lelaki berusia 26 tahun dikenali sebagai Surya itu baru tiba ke negara ini dari Thailand serta terus bergegas ke lokasi kejadian pada kira-kira 9.30 malam tadi untuk melihat sendiri usaha pencarian ibunya.
Dia yang memakai baju putih berkotak hitam dilihat gagal menahan kesedihan dan terpaksa ditenangkan oleh beberapa ahli keluarga serta kenalannya yang berada di situ.
Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Shariff yang melawat lokasi kejadian sempat berbual bersama suami mangsa dengan bantuan jurubahasa.
Baca artikel lain: Operasi giat dijalankan, mangsa tanah jerlus di Masjid India belum ditemukan
Pada sidang media malam tadi, Maimunah memaklumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedia membantu sebarang keperluan keluarga itu semasa mereka berada di negara ini sepanjang operasi pencarian dilakukan.
Mangsa, yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Andhra, Kuppam dan keluarganya dijadualkan pulang ke India esok selepas dua bulan melancong di negara ini.
Dalam insiden 8.20 pagi itu, mangsa sedang berjalan di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India sebelum tiba-tiba terjerlus ke lubang sedalam lapan meter.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

