Amir Jahari si penghibur jalanan kini ‘Kembali’

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYU, komposer lagu dan penulis lirik, Amir Jahari, kini kembali dengan album terbarunya yang dinanti-nantikan berjudul Kembali.

Hasil perjalanannya selama 13 tahun dalam industri seni muzik Malaysia, album ini meneroka pelbagai genre dengan sentuhan pop-rock-folk dengan pengaruh Nusantara, yang turut mengangkat tema kemanusiaan serta kerohanian.

Album Kembali memuatkan sejumlah 15 lagu yang mana 12 lagu baru serta tiga lagu rakaman semula iaitu Hasrat yang menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-27 dengan susunan yang diolah khas untuk malam bersejarah itu. 

Sampai Ke Bulan pula ditulis oleh Amir sepenuhnya untuk album 2013 Faizul Sany, serta single pertamanya Tanpamu yang diberi nafas baru bersama penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak iaitu Nana Sheme.

Album ini juga mendapat sentuhan magis beberapa orang produser serta pemuzik tanah air termasuk AG Coco (Hujan). 

“Kembali akan menjadi satu titik permulaan yang baru untuk saya dan pasukan untuk melangkah lebih ke hadapan di dalam industri muzik,” katanya.

Kembali merupakan album yang telah di pendam lama tentang hidup untuk memberi dan kembali kepada asal usul.

Single terbaru, Kenangan telah pun dikeluarkan pada 31 Mei 2024 di semua platform penstriman manakala muzik video rasmi akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Album Kembali merupakan kerjasama antara Sekalo Music dan Sony Music Entertainment. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bukan biasa-biasa! PTTI kumpul selebriti popular untuk tayangan perdana Selekoh Akhir

PTTI sekali lagi mencipta penanda aras baharu dalam dunia pendidikan tanah air apabila menganjurkan tayangan perdana dokumentari eksklusif berjudul...

More Articles Like This