UMNO masih belum menerima sebarang permohonan rasmi penyertaan semula bekas pemimpinnya termasuk Khairy Jamaluddin ke dalam parti itu.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sejak berakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, pihaknya belum menerima permohonan daripada mana-mana individu untuk menyertai parti terbabit.
“Belum ada lagi permohonan daripada mana-mana,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan replika cek Projek Jiwa Madani Kementerian Pertahanan 2026 serta bantuan kit makanan kepada golongan kurang bernasib baik di Masjid An-Najwan, Kampung Cheng, hari ini.
Baca artikel lain: PM ucap selamat maju jaya kepada Mohd Kurniawan Naim
Mengenai peranan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa seperti yang diumumkan pada PAU baru-baru ini, Mohamed Khaled berkata, ia bertujuan menyatukan semula ahli dan pemimpin yang pernah keluar parti selain memperkukuh kerjasama politik dalam kalangan kumpulan Melayu.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa, pendekatan yang diberikan kepada saya adalah menerima permohonan mana-mana individu atau kumpulan menyertai UMNO untuk diteliti dan dipertimbangkan sebelum mengemukakan sebarang syor kepada pucuk kepemimpinan parti.
“Tanggungjawab saya lebih tertumpu kepada aspek politik, terutama membabitkan individu yang sudah meninggalkan parti atau menikam parti dari belakang (kemudiannya dipecat). Dalam perkara ini, saya perlu menimbang secara teliti, bukan untuk buat keputusan, tetapi kemuka syor kepada kepemimpinan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

