Lari pemeriksaan polis, 3 remaja 17 tahun ditahan kerana tiada lesen

Dari Penulis

TIGA remaja lelaki masing-masing berusia 17 tahun ditahan polis selepas melarikan diri ketika diarah berhenti di kawasan Bandar Tasik Puteri, 12.30 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pengadu yang merupakan seorang anggota polis trafik memaklumkan telah melihat sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan ketika sedang menjalankan tugasan rondaan di lokasi kejadian.

“Pengadu telah mengarahkan kereta tersebut supaya berhenti namun pemandu bertindak melarikan diri.

“Pengadu kemudian mengejar sebelum berjaya menahan kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tangkapan telah dijalankan ke atas tiga lelaki warga tempatan berusia 17 tahun dan pemeriksaan mendapati pemandu tidak mempunyai lesen memandu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ishak Abu Bakar di talian 019-6817310.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This