PASAR Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan ditutup sepenuhnya pada 31 Ogos susulan kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India baru-baru ini.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu bagi tujuan pencarian mangsa tanah jerlus yang masih belum dijumpai ketika ini.
Selain itu, ia juga bagi pelaksanaan kerja-kerja ujian tanah oleh agensi kerajaan dan Indah Water Konsortium (IWK) di sekitar Lorong TAR.
“Ini bagi mengenal pasti kedudukan dan keselamatan jalan raya sekitar tempat kejadian.
“Penutupan ini adalah perlu untuk memastikan keselamatan peniaga dan orang awam terjamin.
“Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan mengakibatkan tindakan tegas diambil ke atas peniaga,” jelas DBKL.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

